Kesan parut lepas anak kena chicken pox atau demam campak biasanya sangat dirisaukan oleh ramai ibu ayah. Risau pula parut tu kekal sampai besar nanti.

Sebenarnya parut lepas kena chicken pox terutama yang jenis halus dan kecil boleh hilang dengan sendirinya apabila demam makin kebah.

Bagaimanapun ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan sebarang parut.

Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini boleh melegakan hati ibu ayah yang risau masalah anak berparut lepas baik demam campak.

Cara Buat Bedak Tradisional

Guna 3 Bahan Buat Bedak Hilang Parut Anak Kena Chicken Pox

IKLAN

Bahan-bahan:

Guna 3 Bahan Buat Bedak Hilang Parut Anak Kena Chicken Pox

Guna 3 Bahan Buat Bedak Hilang Parut Anak Kena Chicken Pox

IKLAN

Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk

Caranya:

  1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
  2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
  3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Sapukan seluruh badan selepas campak telah kering.

Selain itu anda boleh juga guna daun semambu untuk buat bedak menghilangkan parat lepas kena campak.

IKLAN

Guna 3 Bahan Buat Bedak Hilang Parut Anak Kena Chicken Pox

Perkongsian dari Puan Norhafizah Abdul Hamid ini boleh juga dicuba.

Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan bedakkan pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat, mak ayah kena cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu di seluruh badan.  Selamat mencuba

Sumber: petuaibu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI