Kesan parut lepas anak kena chicken pox atau demam campak biasanya sangat dirisaukan oleh ramai ibu ayah. Risau pula parut tu kekal sampai besar nanti.
Sebenarnya parut lepas kena chicken pox terutama yang jenis halus dan kecil boleh hilang dengan sendirinya apabila demam makin kebah.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan sebarang parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini boleh melegakan hati ibu ayah yang risau masalah anak berparut lepas baik demam campak.
Cara Buat Bedak Tradisional
Ads
Bahan-bahan:
Ads
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
Basuh bersih daun asam dan daun melur.
Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Sapukan seluruh badan selepas campak telah kering.
Selain itu anda boleh juga guna daun semambu untuk buat bedak menghilangkan parat lepas kena campak.
Ads
Perkongsian dari Puan Norhafizah Abdul Hamid ini boleh juga dicuba.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan bedakkan pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat, mak ayah kena cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu di seluruh badan. Selamat mencuba
Senyuman manis anak kita adalah salah satu nikmat kecil yang membawa bahagia besar. Tapi, senyuman itu perlukan penjagaan yang rapi – bukan sekadar ajar mereka gosok gigi. Ramai ibu bapa rasa cukup sekadar beri berus gigi dan ubat gigi pada anak, tapi sebenarnya, ada seni dalam mendidik si kecil tentang kesihatan mulut. Dalam satu sesi temu bual menarik bersama Dr. Hafiz dari Toothsuite Dental, video oleh saluran Bintang Kecil ini membongkar beberapa tips penting dan praktikal untuk bantu ibu bapa galakkan anak menjaga gigi dengan cara yang menyeronokkan.
Jangan Salahkan Gula Semata-mata – Didik Anak Kenali Makanan ‘Melekat’
Ramai ibu bapa menyalahkan gula setiap kali anak alami gigi berlubang. Tapi menurut Dr. Hafiz, bukan gula sahaja puncanya – malah nasi, roti dan biskut pun boleh menjadi penyebab jika ia melekat lama di gigi. Ajar anak untuk faham jenis makanan yang “melekat” dan bantu mereka faham kenapa perlu berkumur atau gosok gigi selepas makan. Didikan secara visual – tunjuk kesan makanan pada gigi menggunakan cermin atau kartun – boleh jadi sangat efektif.
Tabiat anak yang suka mengunyah snek sepanjang hari sebenarnya memudaratkan gigi. Dr. Hafiz mencadangkan supaya ibu bapa menetapkan waktu tertentu untuk snek, contohnya selepas makan tengah hari. Ini beri peluang untuk air liur ‘neutral-kan’ asid dalam mulut. Galakkan anak untuk minum air kosong selepas makan dan ajar mereka bezakan antara ‘lapar betul’ dengan ‘sekadar nak kunyah’. Gunakan pendekatan cerita atau permainan untuk mudahkan pemahaman.
Waktu malam ialah saat paling kritikal untuk anak berus gigi. Ibu bapa perlu pastikan gigi anak dibersihkan sebelum tidur kerana bakteria lebih aktif semasa mulut kering di waktu malam. Gunakan lagu pendek semasa berus gigi sebagai penanda waktu (contohnya “Twinkle Twinkle” atau cipta lagu sendiri!), dan wujudkan ‘ritual’ berus gigi bersama sebelum tidur supaya ia jadi kebiasaan positif yang menyeronokkan.
Dr. Hafiz menekankan pentingnya teknik memberus yang betul – bukan sekadar ‘sapu-sapu’ saja. Ibu bapa perlu tunjukkan cara betul kepada anak, termasuk berus permukaan lidah, gusi dan celah-celah gigi. Pilih berus gigi bersaiz sesuai dengan tangan dan mulut anak, serta ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah. Tukar berus setiap tiga bulan dan jadikan ia momen seronok, contohnya dengan hadiah berus bergambar kartun kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi anak agak kekuningan. Dr. Hafiz jelaskan, gigi yang sedikit kuning masih boleh dianggap sihat jika ia bersih dan tak berlubang. Yang penting ialah kebersihan, bukan warna semata-mata. Elakkan anak dari produk pemutih yang tak sesuai dan fokuskan pada rutin penjagaan gigi yang konsisten. Tanamkan dalam diri anak bahawa gigi bersih itu lebih penting dari gigi ‘putih macam iklan’.
Mengajar anak menjaga gigi bukanlah satu tugas kecil, tapi ia adalah pelaburan besar untuk kesihatan masa depan mereka. Dengan pendekatan yang santai, kreatif dan konsisten, ibu bapa boleh menjadi ‘doktor gigi mini’ di rumah. Senyuman anak bukan hanya menceriakan hari kita – ia cermin kepada didikan yang kita berikan. Jadi, mulai hari ini, jadikan penjagaan gigi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan, bukan satu paksaan. Anak gembira, gigi sihat, semua orang senyum!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tapi jangan rasa bersalah. Menangis ketika berpisah adalah sebahagian daripada aspek perkembangan si kecil.
Sebenarnya anak yang ada rasa cemas akan perpisahan menunjukkan yang dia mempunyai bonding yang kuat dengan ibunya.
Ini membuktikan ibu telah cukup memberikan ketenangan, keselesaan dengan kehadirannya bersama anak.
Ini juga membuktikan si kecil berkembang dengan positif kerana dia belajar bahawa dia akan bertindak aktif (dengan menangis) bila rasa tak selesa selain kerana dia belum faham yang ibu akan kembali bersamanya semula nanti.
Tak percaya tengok video Yusuf ni. Dia tak risau sebab tahu ada daddy yang sangat menyayangi dan akan menjaganya dengan elok.
Sebagai suami yang prihatin, Hairul memberi peluang kepada Hanis untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawanya selepas sebulan menjaga Yusuf sendirian ketika dia sibuk dengan penggambaran filem Paskal di Sabah.
Jadi sebelum menyambung penggambaran di Turki pula, Hairul yang kini bercuti dan pulang ke rumah tak kisah untuk mengambil alih tugas menjaga Yusuf pula sementara Hanis membuat urusannya pula.
Ramai di kalangan mereka yang bergelar ibu turut rasa terharu dan kagum dengan sikap sporting Hairul yang memahami tugas berat seorang isteri sehinggakan diberikan ‘me time’untuk merehatkan diri seketika tanpa anak di sisi.
Apa pun itu cara mereka suami isteri menguruskan rumah tangga dan anak. Setiap orang ada cara tersendiri. Jadi tak perlu kecam atau kutuk tindakan ibu yang meninggalkan anak di bawah jagaan ayah ketika mereka bercuti bersama kawan-kawan atau atas urusan kerja.
Yang penting suami yang beri keizinan kepada si isteri dan pastinya ayah pun hendak bonding time berdua dengan si anak pula
Adakah ibu bapa menghadapi masalah anak kencing malam atau tidak dapat menahan air kencing? Sebenarnya ini adalah masalah yang sering dihadapi oleh majoriti ibu bapa.
Kencing malam atau “betwetting” atau “nocturnal enuresis” terjadi apabila kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal kencing mereka semasa tidur. Ia adalah perkara yang sering memberikan tekanan kepada ibu bapa dan juga kanak-kanak itu sendiri.
Secara umumnya kencing malam boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
Primary nocturnal enuresis: dimana anak-anak ini tidak pernah berjaya tidak kencing malam
Secondary nocturnal enuresis: dimana anak-anak ini pernah berjaya tidak kencing malam sekurang-kurangnya enam bulan
Jangan terlalu risau apabila anak anda tidak berjaya mengawal kencing pada waktu malam pada umur 5 tahun kerana sesetengah kanak-kanak mungkin kurang matang bagi perkembangan pengawalan kencing tetapi perkembangan lain seperti perkembangan fizikal, pertuturan dan social adalah normal.
Cuba tanya pada atuk atau nenek… adakah ibu bapa sendiri atau ahli keluarga lain pernah kencing malam selepas umur 5 tahun? Jika ya, faktor genetik ini boleh menyebabkan anak anda mungkin lebih berisiko untuk mendapat“primary nocturnal enuresis”.
Walaupun masalah kencing malam boleh pulih dengan masa, beberapa penyebab lain perlu juga diambil kira supaya dapat diberikan rawatan yang sesuai:
Adakah anak selalu minum minuman berkafein? Minuman berkafein seperti kopi, kola, coklat dan teh boleh merangsang penghasilan air kencing yang banyak.
Adakah anak anda mempunyai masalah sembelit? Najis yang keras akan sentiasa menekan pada pundi kencing kanak-kanak.
Adakah ianya disebabkan jangkitan seperti kencing kotor? Adakah pada waktu siang juga anak-anak tidak dapat mengawal kencing merek
Adakah anak anda mempunyai masalah kongenital seperti sindrom Down, Spina bifida (kecacatan pada tulang belakang semenjak lahir) , mempunyai kelewatan perkembangan secara global atau ADHD (anak hiperaktif)? Kebanyakkan anak-anak istimewa ini akan menghadapi masalah mengawal kencing mereka.
Adakah anak anda mempunyai simptom penyakit kencing manis? (Ya!…. Kanak-kanak diusia muda juga boleh mendapat Diabetes type 1). Adakah mereka sering dahaga, kerap kencing siang dan juga malam, hilang berat badan?
Adakah anak anda mempunyai masalah tidur berdengkur? Masalah “sleep apnea” atau nafas terhenti semasa tidur yang disebabkan oleh halangan pada salur udara atas (contoh: seperti tonsil besar) ?
Anak anda telah berjaya mengawal kencing. Mengapa kencing malam berlaku semula? Faktor yang paling utama bagi masalah “secondary nocturnal enuresis” adalah tekanan emosi atau “stress”. Bagi kanak-kanak ini, pihak doktor perlu menyelidik dengan lebih lanjut tentang punca tekanan emosi yang dihadapi oleh mereka.
Tip-tip untuk melatih anak tidak kencing malam di rumah (bagi primary nocturnal enuresis):
JANGAN MEMARAHI ANAK setiap kali anak terkencing malam. Anak-anak ini bukan sengaja dan mereka sememangnya tidak dapat mengawal pundi kencing mereka. Lama kelamaan, dengan masa mereka akan dapat mengawalnya (they will outgrow it). Ibu bapa hanya perlu bersabar dan banyak membasuh kain cadar
Elakkan anak- anak daripada minum air beberapa jam sebelum tidur
Elakkan anak-anak daripada meminum air kopi/teh
Pastikan setiap kali sebelum tidur, bawa anak ke tandas untuk membuang air kecil
Perhatikan pada pukul berapa anak selalu terkencing. Pasangkan alarm/ loceng penggera 30 minit sebelum itu dan kejutkan anak untuk ke tandas dan kencing (sedikit sukar kerana ibu bapa perlu bangun dahulu untuk mengejutkan anak)
Boleh membuat “star chart” pada hari yang berjaya kering, berjaya kencing sebelum tidur atau berjaya menolong tukar cadar. Pelekat/ sticker di letakkan pada kalendar supaya anak dapat melihat kemajuan mereka dan dapat menaikkan semangat mereka.
Amalkan “reward system”. Berikan kata-kata pujian yang banyak atau hadiah yang berpatutan sebagai reward setelah sebulan mencapai target (cuba elakkan makanan sebagai reward)
Gunakan cadar kalis air/” training pants” supaya tilam tidak basah dan mudah dibersihkan.
Sumber: Dr. Juliana Hashim (www.doktorbudak.com)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asid folik penting untuk wanita hamil dan yang merancang kehamilan. Ketahui fungsi, sumber semula jadi, dan peranan suami dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi.