Sebut je coklat, tak kira orang dewasa atau kanak-kanak pasti akan sukakannya. Bagi yang teringin untuk makan kudapan berasaskan coklat, apa kata cuba buat sendiri chocojar yang ranggup dan pastinya ralit apabila dimakan.

Kalau tengah tengok TV, silap-silap tak sedar habis sebotol. Sebenarnya kalau anda tahu cara pembuatannya, sangat senang dan sekejap je boleh siap. Kos untuk beli barang-barangnya pun tak adalah mahal berbanding beli yang dah siap. Biasa orang jual antara RM10-RM20 ikut pada jenis topping.

Guna 3 Bahan Je, Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap. Serius Senang Nak Buat! 

Kali ni anda hanya perlu ada 3 bahan utama je dah boleh siapkan chocojar yang sedap.

Bahan-bahan:

– Small Coco Crunch atau bubble rice
– Coklat
– 1/2 Cawan minyak masak

IKLAN

Guna 3 Bahan Je, Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap. Serius Senang Nak Buat! 

Bahan yang diperlukan ketika membuat chocojar kali ni sangat simple dan senang didapati di kedai yang berhampiran jadi tak ada alasan untuk tidak buat sendiri ya!

Cara-cara:

IKLAN

Guna 3 Bahan Je, Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap. Serius Senang Nak Buat! 

Cairkan dulu coklat guna teknik double boil yang penting kena letak minyak sikit untuk elakkan daripada coklat tu beku semula. Bila coklat dah cair, boleh gaulkan dengan coco crunch sehingga rata. Boleh mula packing mengikut bekas yang kita nak.

Guna 3 Bahan Je, Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap. Serius Senang Nak Buat! 

IKLAN

Proses pembuatan chocojar juga tidak susah, hanya perlukan 3 langkah mudah yang perlu anda ikuti. Jadi, selepas ini bolehlah buat sendiri dekat rumah, senang pun senang kan? Lepas tu boleh la makan seisi keluarga

Guna 3 Bahan Je, Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap. Serius Senang Nak Buat! 

P/S : Anda juga boleh meletak seberang topping kegemaran anda mengikut kesesuaian ya.

Sumber: Norhamiza via OB

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI