Guna Adunan Brownie Buat Cookies & Mini Brownie Bites Untuk Bayi

Share

Mudah je nak sediakan cookies dan mini brownie bites hanya gunakan adunan yang sama dengan adunan brownie. Yang penting kudapan untuk si kecil mama sentiasa ada. Barulah tak bosan kan!

Jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

 

Adunan brownies boleh jadi cookies dan mini brownie bites jugak tau 😊 Adunan untuk Crunchy Brownies Raya & Mini bites sama sahaja.. Crunchy Brownies Raya & Mini Brownie Bites.

Bahan-bahan:

🍫 1/3 cup madu asli (4-5 sudu besar)
🍫 Tepung gandum 1/2 cup dan tambah 3 sudu besar tepung lagi. *Guna measuring cup*
🍫 Serbuk koko unsweetened 1/3 cup
🍫 Telur gred B 2biji
🍫 Minyak jagung 2 sudu besar sahaja
🍫 Unsalted butter 3sudu besar

Cara Penyediaan:

1. Cairkan butter, biarkan suam.. Dan gaul bersama madu.

2. Masukkan telur.

3. Kemudian masukkan koko gaul sebati. Masukkan minyak jagung.

4. Masukkan tepung dan gaul sebati

5. Masukkan adunan dalam piping bag.. Template brownies boleh print untuk lapikkan bawah kertas minyak, sebelum bakar tarik template cookies keluar perlahan-lahan.. Bakar cookies pada suhu 150° C api atas bawah selama 20-25minit.. Biskut nipis jadi saya guna suhu rendah.. 180° C cookies sedikit hangit 😂

Kredit: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah 

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa