Dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, sebagai mama papa kita kena galakkan anak-anak untuk minum lebih banyak air kosong. Ia akan buat anak kekal hidrasi tapi tak dinafikan, bukan semua kanak-kanak sukakan air kosong. Punyalah susah nak suruh habiskan walaupun satu gelas! Sebenarnya ada cara untuk mama papa ajar anak minum air kosong tanpa perlu memaksa mereka.
Beberapa cara ini jika kita lakukan dah tentu anak-anak akan rasa lebih teruja untuk minum air kosong:
- Ajar Anak Minum Bersama-sama
Elakkan untuk paksa anak minum air kosong tapi kita sendiri tak buat begitu. Anak akan ikut contoh yang ditunjukkan oleh mama papa. Jadi, kalau nak minum air kosong tu ajaklah mereka bersama-sama. Dengan cara ini, ia akan buat anak lebih seronok untuk minum air kosong!
- Ajar Anak Minum Guna Straw
Sesetengah kanak-kanak tak suka minum air kosong di dalam gelas kerana mudah tumpah. Ini akan menimbulkan rasa tak selesa dan anak tak mahu minum lagi. Lebih mudah ajarkan anak minum menggunakan straw kerana ia tak menyebabkan tumpah dan dapat mengelakkan anak dari tersedak.
- Sediakan Botol Air Yang Cantik!
Perkara ni ada mama papa yang terlepas pandang. Lumrah kanak-kanak, mereka sukakan sesuatu yang cantik di luaran tanpa mengetahui apa di dalamnya. Ia akan mewujudkan rasa teruja dan obses dalam diri mereka. Sebagai contoh, suprise egg yang ada pembalut cantik. Selalu anak minta kita belikan, betul tak? Sedangkan apabila pembalutnya dibuka, mainan di dalam itu hanya dimain sekejap saja.
Begitu juga kalau nak ajar anak untuk suka minum air kosong. Pastikan mama papa belikan mereka botol air yang cantik dan menarik. Bercerita tentang botol air, dah tentulah Eshal Water Bottles by bugzbagz yang perlu jadi pilihan!
Kenapa Eshal Water Bottles by bugzbagz?
Botol air ini adalah teman terbaik untuk si manja untuk kekal hidrasi di rumah, sekolah atau ketika bersukan dan berjalan-jalan. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bebas BPA. Mudahnya kerana ia dilengkapi dengan straw untuk mengelakkan air tumpah!
Ada pelbagai jenis corak menarik dan paling menarik, nama si manja boleh diletakkan pada botol air. Tak perlulah risau ia akan hilang kan? Sesuai juga untuk dijadikan hadiah!
Apa Lagi Yang Menarik?
* Mempunyai kapasiti untuk mengisi 600ml atau 20oz minuman
* Saiz yang sesuai untuk diletakkan di poket tepi beg sekolah
* Ringan dan boleh diulang pakai
* Untuk lebih baik, pastikan diletakkan dengan penutup di bahagian atas dan ditutup rapat
Macam Mana Nak Pastikan Eshal Water Bottles by bugzbagz Terjaga Rapi?
Untuk pastikan kualiti botol air ini sentiasa di tahap terbaik, ada beberapa cara penjagaan yang perlu diberikan perhatian seperti dicuci bersih sebelum penggunaan kali pertama, tidak sesuai digunakan dalam mesin mencuci pinggan dan hanya cucian tangan digalakkan.
Selain itu, botol air ini tidak sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro dan elakkan air bersuhu panas melebihi 48 darjah selsius atau 120F. Ketika membersihkan botol, tanggalkan straw untuk memastikan ia dapat dicuci bersih.
Jangan letakkan air bikarbonat kerana ia boleh menyebabkan penutup botol tercabut disebabkan impak yang kuat. Botol air ini juga tidak sesuai diletakkan di dalam peti sejuk beku.
Untuk maklumat lanjut tentang botol air istimewa ini, klik www.bugzbagz.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI