Buah delima bantu hilangkan batuk anak, macam mana tu?
Demam, batuk dan selesema itu memang sinonim dengan anak-anak yang masih kecil. Tambah pula dengan keadaan sekarang yang mana bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga mudah untuk dijangkiti.
Selain ikhtiar untuk sembuh menggunakan ubat-ubatan daripada klinik, ibu-ibu juga boleh mencuba pelbagai petua sebagai usaha untuk menyembuhkan anak-anak. menariknya apa yang dikongsikan kali ini adalah menghilangkan batuk menggunakan buah delima. Ibu-ibu boleh cuba untuk si kecil yang batuk, mana tahu ia menjadi.
PETUA HILANGKAN BATUK ANAK GUNA BUAH DELIMA
Untuk baby 6 bulan ke atas
Baru teringat nak share ,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jgn memain ,batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru² tau ..Nauzubillahiminzalik
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU . so far mmg ramai kata bagus guna madu . TAPI ,bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu .
So try cari alternatif lain . Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu,function dia sama macam madu ,bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus .
Ads
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang ,dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah . Mak mak yang ‘over kalut’ mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .
Oh lupa nak bagitau ,tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar,sentiasa meleleh .so kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby . Ini kesan yg sy nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk please refer doctor ye ?
Ads
Takda mak yang nak anak sakit ,semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak ,memang kena lalui jugak . Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak ,nanti lama2 jadi Pro dah . Supermom gituuu !
*Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah utk mak ayah , usaha lah beri yang
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempoh menyusukan anak adalah satu nikmat indah yang dirasai oleh setiap ibu yang menyusukan badan. Rasa bahagia kala dapat membekalkan anak dengan susu dan nutrien yang sihat dengan penuh kasih sayang. Satu pengalaman cukup bermakna bagi seorang wanita.
Ketika menyusukan badan, tubuh badan seorang wanita akan dipenuhi dengan segala nutrien semula jadi yang diperlukan oleh seorang bayi. Ketika ini juga, tubuh badan wanita akan menghasilkan sejenis hormon bernama prolactinis yang membantu penghasilan susu dalam payudara.
Ia terletak di kelenjar pituitari pada otak dan membantu penghasilan susu. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Lactation Centre untuk ibu yang sedang menyusu. Dan ini adalah sembilan fakta mengenai hormon prolaktin yang ibu menyusu perlu tahu.
9 fakta ibu menyusu perlu tahu dalam penghasilan susu ibu
1) Hormon prolaktin adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang penghasilan susu.
2) Selepas beberapa minit penyusuan berlangsung, hormon prolaktin akan di rembeskan ke dalam darah selama kira-kira 30 minit selepas setiap kali penyusuan.
3) Rembesan hormon prolaktin ketika penyusuan ini akan menyebabkan payudara menghasilkan susu untuk penyusuan berikutnya.
4) Oleh kerana itu penyusuan yang kerap itu di katakan membantu dalam penghasilan susu bukan milkbooster semata-semata, “More demand more supply!”.
5) Salah satu fungsi besarnya adalah penghasilan susu kerana itu namanya ‘pro’ – ‘lactin’. Namun, hormon ini di katakan memiliki kira-kira 200 fungsi lain di dalam tubuh manusia.
6) Nama lain hormon prolaktin adalah luteotropic hormon.
7) Hormon prolaktin di hasilkan di kelenjar pituitari (dalam otak) apabila terjadinya rangsangan hisapan bayi di payudara ibu (refleks saraf).
8) Penyusuan di waktu malam adalah sangat penting untuk memastikan penghasilan susu yang banyak kerana hormon prolaktin lebih tinggi di malam hari.
9) Dengan penyusuan yang kerap, bayi “exclusive breastfeed”, usia bayi 6 bulan dan ke bawah dan ibu belum datang haid, hormon prolaktin juga membantu dalam menghalang proses ovulasi dan menjarakkan kehamilan.
Sekiranya ibu sedang alami susu drop, kerapkan menyusu ya.
Datin Sri Shahida seperti ibu-ibu lain yang selalu lakukan perkara ini semasa proses pam susu. Alahai Yusoff pula comel, mana boleh tak teringatkannya.
Perkara ini memang tidak dapat dielakkan, tambahan pula jika tidak membawa anak Bersama-sama, tentu rasa rindu tidak dapat dibendung. Rasa mahu sahaja balik cepat untuk memeluk si kecil. Perkara ini diluahkan oleh Datin Sri Shahida terhadap anaknya, Yusoff Alqardawi yang baru berusia 2 bulan.
Kerana rindukan buah hatinya ini, beliau telah memuatnaik gambar Yusoff dengan kapsyen berikut;
mama rindu @yusoffalqardawi …bila nak pump susu mesti ingat kat budak kecik sorang ni??
Selepas Rizman, kini rakan seperjuangan di bawah jenama Rizman Ruzaini yang juga sahabat baiknya, Ruzaini Jamil pula bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada Selasa lalu.
Ruzaini memaklumkan khabar gembira itu menerusi instagram miliknya. Menunggu sekian lama, akhirnya si comel pengikat kasih sayangnya dan isteri selamat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Assalamualaikum w.b.t semua. Tarikh penting untuk saya 27/10/2020 Selasa ini…Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.
“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal,” katanya penuh rasa syukur.
Paling mengharukan, Ruzaini turut menitiskan airmata ketika pertama kali melihat dan memegang sendiri zuriat kurniaan Allah padanya. Dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah buatnya dan isteri.
“Dua hari sebelum kelahirannya, saya sempat mengabadikan momen isteri yang sarat dalam photoshoot yang saya akan kongsi nanti. Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan.
“Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya…sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri.
“Walaupun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan doktor dan nurses yang sangat-sangat memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman. Terima kasih buat Dr. Noor ‘Aini dan nurses di @subangjaya_medicalcentre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ruzaini juga turut memohon doa agar terus mendoakan kesihatan yang baik buat isteri dan khalifah kecilnya. Moga baby dan ibu cepat-cepat sihat.
“Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon agar kalian dapat mendoakan kesihatan buat isteri dan khalifah kecil kami,”katanya lagi.
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.