Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD memang sering menjangkiti anak-anak yang masih kecil. Gejala termasuk demam, hilang selera makan, ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak antara tanda si kecil menghidapi penyakit berjangkit ini. Selain itu luka dan ulser yang terdapat di lidah juga akan muncul pada anak-anak yang dihidapi HFMD.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang ibu mengenai anaknya yang dijangkiti penyakit tersebut. Pada mulanya dia ingatkan anaknya menghidap demam campak, namun setelah diperiksa rupanya menghidap penyakit kaki tangan dan mulut.

Guna Cara Tradisional Orang India, Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena HFMD
Menurutnya dia menggunakan rawatan tradisional cara orang India yang dikongsi oleh jirannya. Syukur apa yang dibuat menampakkan hasil yang positif sehingga ruam pada badan anak menjadi kering.

Ingat Anak Kena Demam Campak

Mula-mula ingatkan anak kena demam campak, tapi tak sangka HFMD. Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya yang kongsi petua ini. Alhamdulillah dah okey sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi ke hospital swasta, doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia kata, pandai saya jaga anak sampai jadi kering dan elok sakit dia tu.

Ads

INI ADA SEDIKIT PETUA

1. Bagi Anak Makan Aiskrim Vanilla
Saya bagi anak makan aiskrim vanilla. Aiskrim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat-sangat berkesan.

Guna Cara Tradisional Orang India, Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena HFMD

Ads

2. Masuk Serbuk Kunyit Dalam Air Yang Diletakkan Bawah Cahaya Matahari
Ambil sebesen air paip dan letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak jam 10.40 pagi sampai jam 1.00 pagi). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun bambu ke dalam air tersebut. Selepas itu bagi anak kita mandi menggunakan air itu. Jangan bilas dengan air paip, biarkan air kunyit dan daun bambu ini di badan anak, jadikan sebagai penawar.

Guna Cara Tradisional Orang India, Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena HFMD3. Campur Daun Mambu & Bedak Sejuk, Lumur Satu Badan
Ramaskan daun mambu dengan bedak sejuk, lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang terjejas. Jangan masukkan dalam mulut ye. Yang dalam mulut, bagi anak makan aiskrim vanilla saja.

Ads

Guna Cara Tradisional Orang India, Doktor Pun Puji Cara Ibu Ini Rawat Anak Kena HFMDInsyaAllah selepas 2-3 hari, pasti akan hilang. Cubalah, sebab saya sendiri dah mencubanya.

Kredit: Najihah Abd Razak

Sumber: Facebook The Reporter

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI