Bila tiba hari raya, Kanak-kanak lah insan yang paling gembira meraikanya kerana mereka tahu mereka bakal mendapat duit raya. Tak kisahlah sikit atau banyak mereka tetap ternanti-nantikan duit raya dari orang dewasa.
Kebiasaanya duit raya anak-anak dipegang oleh ibu ayah dan disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Ada juga ibu ayah yang terpaksa meminjam duit raya anak-anak untuk kelangsungan hidup dan barang keperluan anak-anak.
Sama seperti ibu ini yang menggunakan duit raya anak untuk membeli susu serta lampin pakai buang. Kisahnya dikongsi dalam video berdurasi pendek di laman TikTok nya sendiri.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai, ada warga maya yang bersetuju malah ada yang tidak bersetuju ibu ini menggunakan wang raya anak kerana nafkah anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.
Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama’, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut. Mengenai hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), para ulama’ menjawabnya dengan dua jawapan:
Ads
Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.
Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Huruf lam pada hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadith. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadith tersebut” Lihat I’lam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (1/116)
Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut. Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.
Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata:
“Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain” Lihat ar-Risalah (hlm. 468)
Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.
Ads
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Kredit: TikTok
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini (Sabtu) dan Ahad.
LHDN dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan, ia dikecualikan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berikutan cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh berkenaan.
“Kaunter rayuan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.
“Langkah ini bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan,” katanya.
Agensi itu memaklumkan, pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat.
Buat kesekian kalinya, Pa&Ma bersama Simpan SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop secara dalam talian dan kali ini E Workshop dengan topik Simpan Sampai Jadi Jutawan telah disertai oleh 100 peserta dari seluruh Malaysia.
Namun istimewanya E Workshop kali ini diadakan sempena dengan Istimewa 25 Tahun PTPTN Simpan Jadi Jutawan dan penglibatan peserta untuk E Workshop Simpan Jadi Jutawan dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Slido seperti E Workshop sebelum-sebelum ini.
E Workshop Simpan Sampai Jadi Jutawan menampilkan barisan panel yang hebat untuk berkongsi info manfaat antaranya Perunding Kewangan iaitu Encik Mohd Nor Firdaus, Usahawan dan Selebriti Ika Nabella serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jab. Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN.
Sepanjang program berlangsung, Encik Mohd Nor Firdaus berkongsi tentang topik Rahsia Buat Tabung, Simpan Konsisten. Sementara Ika Nabella berkongsi tentang cara dia melatih anaknya, Noah menyimpan duit dari kecil.
Sesi Putaran Roda Istimewa juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta. Antara pemenang bertuah telah mendapat akaun Simpan SSPN bernilai RM250.00 dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Peserta yang mendaftar turut mendapat akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN merupakan pelan simpanan yang terbaik diwujudkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak bermula seawal usia sehari. Jadilah ibu bapa penyayang dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, manfaat perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah. Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi myPTPTN.
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita yang gemar makan sayur bendi. Alasannya kerana bendi yang berlendir dan lembut. Nak pastikan lebih sedap, Bendi Goreng Rangup Viral ini mama wajib cuba.
Resipinya ringkas dan paling penting habis licin. Jom cuba! Resipi bendi goreng rangup.
Bahan Utama : Bendi basuh dan keringkan betul-betul
Bahan lain:
1.5 – 2 sudu besar Adabi tepung Goreng ayam Pedas
1 sudu besar corn flour
1 sudu besar water
1. Potong bendi kepada 4 bahagian secara memanjang.
2. Gaulkan bersama tepung adabi pedas.
3. Tambahkan 1 sudu besar air untuk pastikan tepung lekat pada bendi. Jangan terlebih air nanti tak rangup pulak.
4. Masukkan tepung jagung, tapi pastikan jangan terlebih mix.
5. Lepastu korang dah boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga golden brown. Korang boleh nampak macam mana tepung jagung tadi tak over mix. Itu yang akan membuatkan dia rangup!
6. Pastikan korang terbalikkan bendi setelah sebelah masak. Lepastu dah siap untuk di makan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Taste Of Home Cooking
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.