Tugas mengajar anak toilet training atau bebas lampin bukanlah satu kerja mudah tapi ia mesti dilakukan oleh semua ibu bapa apabila anak sudah berumur 2 tahun ke atas. Walaupun ada ibu bapa yang masih memilih untuk membiarkan anak pakai pampers lagi dengan alasan leceh nak layan anak terkencing di seluar tetapi kemahiran ini wajib diajar juga!
Bayangkan kalau kita tak ajar anak toilet training dan dia semakin membesar sehingga mencapai usia nak masuk ke tadika, tentulah sukar untuk anak itu nanti. Sebenarnya tugas melatih anak toilet training ini memerlukan kerjasama antara ibu dan ayah serta disiplin untuk menjayakannya.
Biasanya tempoh masa diambil untuk anak bebas sepenuhnya pampers antara satu hingga dua minggu bergantung kepada keupayaan masing-masing. Ada macam-macam cara yang digunakan oleh ibu ayah dalam usaha untuk melatih anak masing-masing bebas lampin. Terserahlah kepada anda cara yang bagaimana menjadi pilihan. Namun perkongsian daripada ibu ini mungkin boleh dijadikan contoh dan ditiru oleh anda yang dalam usaha toilet training anak. Selamat berjaya!
Minggu ni Kak tun dalam misi nak bebaskan iman dari pampers.Saja je nak kongsi jadual yang Kak tun buat tiap kali sesi “toilet training ” dengan anak. Jadual ni Kak tun dah apply dari anak sulung lagi.
Anak sulung kak tun kan autisme. Dia memang susah sangat nak terima dan faham arahan. Paling mencabar nak sesuaikan diri dia dengan toilet tu. Berperang dulu kalau nak bawak dia ke toilet.
Umur 4 tahun baru dia selesa buang air kecil di tandas. Time nak berak dia still cari pampers. Gi sekolah memang kak tun bekalkan pampers dalam beg sekolah ye.Nak membuang je ,dia pakai sendiri pampers dia.Ingat tak cikgu Madhumitha Mona.
Satu tahap , Kak tun sorok pampers dalam bilik berkunci. Seminggu tak membuang. Selera makan dia drop terus. Dari seorang yang aktif terus pasif. Kesian bagi la pampers. Terus membuang je kau. Lepas peristiwa tu baru dia betul-betul bebas pampers. Umur 6 tahun kau.
Adik-adik lain semua bebas pampers umur 2 tahun – 2 tahun 1/2. Target kak Tun seminggu iman dah bebas pampers. Tiap kali pergi tandas Kak tun akan buat catatan.
TBB……tak buat apa-apa2
B…….berak
K…..kencing
TB ….terbabas
Catatan memudahkan proses kenal pasti masalah anak. Moga perkongsian Kak tun ini bermanfaat untuk kalian.
Selain cara yang dikongsi oleh Puan Zaitun, mungkin anda boleh juga cuba tips berikut ini untuk membantu anak toilet training.
1. Belikan seluar dalam khas potty train
Sekarang ada macam-macam pilihan seluar dalam khas untuk kanak-kanak yang sedang berlatih bebas lampin. Seluar dalam ini dibuat lebih tebal berbanding seluar dalam biasa. Jadi bila anak terkencing dalam seluar, risiko untuk air kencingnya meleleh hingga ke lantai akan berkurangan. Anak pun tak rasa geli bila terkencing dalam seluar.
2. Beli pelapik tandas atau potty bercorak kartun
Untuk menarik perhatian mereka, apa kata belikan potty atau pelapik tandas yang mempunyai karektor kartun tertentu. Barulah bersemangat nak buang air dalam tandas.
3. Bagi pujian untuk naikkan semangat
Biasalah anak kecil memang suka kalau dipuji atas kejayaannya buang air kecil di tandas. Dia akan lebih bersemangat dan bangga dengan kemampuannya.
4. Jangan marah kalau anak terkencing
Dalam proses melatih anak tak pakai lampin, insiden dia terkencing di dalam seluar adalah perkara biasa. Janganlah anda marahkannya kerana letih asyik kena mop lantai. Sebaliknya pujuk dia dan cakap “tak apa nanti kita cuba lagi.” Barulah anak tak rasa down
5. Sentiasa ingatkan anak
Pada peringkat awal anda kena selalu ingatkan anak untuk ke tandas. Mungkin dalam masa 15-30 minit sekali. Si kecil masih belum pandai menahan pundi kencingnya jadi jangan harap mereka akan memberitahu untuk ke tandas sebab hendak buang air kecil. Makanya anda yang kena bawa mereka.
Sumber: Zaitun Adnan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI