Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, rata-rata rakyat Malaysia tiada punca pendapatan bagi yang bekerja gaji harian. Ramai yang terkesan dan mula berjimat cermat.

Namun mungkin ada yang kurang bernasib baik. Ketika inilah kita perlu lebih kreatif dan bijak mengawal situasi agar keadaan terkawal. Bukan tiada yang boleh menghulurkan sumbangan namun permintaan tinggi daripada pemohon membuatkan pemberian agak terhad.

“Guna Kain Lampin Ganti Pampers Anak, Itu Lebih Jimat Buat Masa Sekarang” Kena Cari Alternatif Bijak

Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm,WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah🤦‍♂️

1 saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.

Ads

2. Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.

Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.

Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.

Ads

Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.

Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.

Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.

Ads

Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.

Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.

Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.

Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.

Sumber:
-EncikMatt-
#LELAKIBURQA
#peduliKesihatanAnak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI