Guna khidmat ‘runner’ tukar duit raya, UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.
Guna Khidmat ‘Runner’ Tukar Duit Raya, UAI Kongsi Cara Nak Elak Riba
Menukar wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya antara persediaan yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.
Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.
“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.
Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.
“Tukar duit RM520 dengan RM500, pertukaran itu tidak betul dan haram. Kena tukar RM500 dengan RM500 juga dan selepas itu beri RM20 kerana upah, itu baru betul (diharuskan),” hurainya.
Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.
Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.
Ads
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.
“Sekiranya kuantiti tukaran tidak sama, maka transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Fadl.
“Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong dalam kategori riba an-Nasiah,” katanya seperti disiarkan dalam laman rasminya yang bertajuk Al-Kafi #1847: Jenis-jenis riba di sisi mazhab Syafie.
Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.
Ads
“Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
“Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.
Hari raya sepatutnya menjadi memori terindah buat umat Islam. Adat kunjung mengunjung dan bermaafan sesama saudara amat digalakkan. Tetapi tidak perlulah ketika semua orang bergembira, kita menjadi punca seseorang menjadi sedih.
Jagalah mulut dan perbuatan agar tidak menyakitkan hati orang lain. Seperti yang dikongsikan oleh Siti Jamilah, apabila dia pergi beraya ke rumah keluarganya apabila dia digelar mandul oleh salah seorang dari mereka.
Skdr brkgsi sdkt luahn hati, luahn rs… Hati prmpuanku ini y bagai dipnh halilintar skaligus hancur berkecai apabila digelar ‘mandul’… Yes..! ‘Milah Mandul’… Allahurobbi… Salah apa aku kpd kamu duhai mokcik… Hina sgt kah aku shgga perkataan itu keluar dri mulut mu… ???.. Aidilfitri kali ini kurasakan tiada mkna bg ku… Ak serik….. Kunjung mgunjung n saling bermaafan y spttnye mjadi tradisi mulia slama ini tp ia mnjdi mimpi ngeri buat diriku oleh krna ‘situasi’ hri ini… ak serik utk bertemu kamu duhai mokcik dan mokcik2..Saat menulis ini airmata ku xdpt diseka lagi.. Laju.. Laju bagaikan titis hujan mlm ini ya Allah…?????
Aku cuba utk bersabar dan tersenyum namun hati dan iman ku y senipis kulit bwg ini kdgkala mybbkan aku rse tramat down.. Tramat sdih…
Andai ank itu boleh aku bli d psr2 raya, di psr2 mlm…..
Perbualan siang td berbunyi :-
Mokcik : naik la, msuk la.. Ni sapo ni.. Aku : slmt hri rye ‘mokteh’.. Ape khbr.. Milah la ni.. Mokcik : Milah mano??? Hoo MILAH MANDUL… Aku : %! @?£&..x baik ckp gitu mokteh… Mokcik : Hoooo doh yo la.. Xleh branok mandul la ore panggil.. Ko ore pggil gpo..???
Allah Allah… Ampunkan dosaku dan dosanya ya Allah…
Bgitu lah kisah nye y d pendek kan…
Ya Allah.. Dalam hati ni… Hanya Engkau saja y tau.. Rse nk mnangis trus saat itu.. Tp ak tahan tahan dan trus tahan melayani dan berbual2 bertanyakan khbr ‘mokcik’ tersebut y katanya sebelah lutut sakit dan x boleh bgerak aktif spt sblm ni… Ak mlyni tetamu2 dan sanak saudara y lain spt tiada ap y berlaku.. … Smpai lah mlm ini… Rse ini x dpt ku bendung lagi…..
Post ini bukan niat ingin mnagih simpati… Bkn niat nk mburuk kan mokcik tsebut.. Ianya sbg slh 1 cara ak dpt kurg kn ksdihn hti ini…
Sincerely me, MILAH MANDUL?
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua… ??????????????
Kata orang, jika tiada apa yang baik untuk dikatakan lebih baik berdiam diri. Tidaklah menyakitkan hati sesiapa. Kata-kata kalau tersilap bicara lebih menyakitkan dari senjata tajam. Semoga kita lebih peka dengan sensitiviti orang lain dan tidak tersalah bicara jika berkunjung ke rumah saudara mahupun teman-teman.
Masih ingatkah kita dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu?
Hari ini, Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kini berusia 13 tahun sudah pun dapat kembali ke sekolah selepas hampir setahun kejadian itu berlaku.
Perkembangan terbaru kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Asyifa Ghazali di laman TikToknya yang turut meluahkan rasa syukur apabila Darwisy sudah memulakan sesi persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1, baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas 336 hari adik Darwisy hari ini mula bersekolah.
“Kepada tuan puan yang selalu tanya tentang adik Darwisy, tnya khabar adik Darwisy terima kasih banyak-banyak ya tuan puan semua,” ujar Asyifa.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Darwisy dilihat cukup tenang dan semakin sihat berjalan ke sekolahnya.
Kanak-kanak itu sebelum ini pernah mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan.
Malah, Darwisy yang ketika itu berusia 12 tahun terpaksa ditidurkan kerana kritikal akibat daripada kejadian tersebut.
Kejadian 16 November tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat Darwisy bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi serta memulihkan kesan lecur.
Almy Nadia Hamil Anak Ke Lima, Alami Alahan Teruk, Terpaksa Keluar Masuk Hospital. Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal dikurniakan anak kelima. Bayi itu dijangka dilahirkan awal Oktober ini.
Almy Nadia Hamil Anak Ke Lima, Alami Alahan Teruk, Terpaksa Keluar Masuk Hospital
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Almy berkata, dia dan Fizz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah itu selepas pulang menunaikan umrah hujung Disember lalu.
“ALHAMDULILLAH, SAYA DAPAT TAHU HAMIL KIRA-KIRA DUA BULAN SELEPAS KAMI KEMBALI DARI UMRAH.
“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan.
“NAMUN, KAMI TERIMA DAN BERSYUKUR DENGAN REZEKI DARI ALLAH INI KERANA FIZZ MEMANG MAHUKAN ANAK YANG RAMAI SERTA KELUARGA BESAR,” KATANYA.
Mengenai jantina pula, Almy yang kini hamil lapan bulan berkata, dia tidak mahu berharap untuk memperoleh anak lelaki dan hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.
“SAYA TIDAK BUAT PEMERIKSAAN JANTINA BAYI KERANA TAK NAK BERHARAP UNTUK DAPAT ANAK LELAKI KERANA TAKUT KECEWA NANTI.
“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.
Ditanya kenapa merahsiakan kehamilan, Amy berkata, ramai yang tidak tahu dia mengandung kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana diet diamalkan.
“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan.
“Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya.
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...