Ahli perniagaan yang terkenal di Instagram, Asyalliee Ahmad atau mesra dipanggil Asya berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri ABC Box untuk anaknya dengan menggunakan kotak terpakai sahaja.
Disebabkan PKPD, Asya mula risau dengan perkembangan anak sulungnya kerana tidak dapat ke tadika. Walaupun terpaksa duduk di rumah, dia tetap membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak dan dikongsi di laman instagram sebagai idea untuk ibu bapa lain mencipta aktiviti bersama anak-anak.
Menurutnya lagi dia akan mencuba sebaik mungkin agar anak-anaknya tetap dapat bermain sambil belajar walaupun tidak ke tadika buat masa ini.
DIY with my kids 🤍 Kalau ikutkan memang sangat risau dengan keadaan sekarang bila anak-anak bawah 6 tahun tak dapat pendidikan yang betul dari sekolah.
Ramai parents semestinya cuba sebaik mungkin untuk anak-anak sentiasa dapat belajar. Mana yang boleh cuba kita cuba selagi itu yang terbaik untuk anak-anak kita ☺️
Dah kurung diri dalam rumah, anak2 tak gi sekolah, bisnes pun office tutup tapi kenapa kes makin naik en?? 🙄 Sampai bila nak macam ni??
Step by step buat ABC Box
Tulis alphabet pada kotak
Potong ruang di bawah huruf (untuk masukkan kad huruf mengikut turutan yang betul)
‘Bold’ kan setiap huruf dengan warna yang lebih gelap
Warnakan setiap petak huruf dengan pelbagai jenis warna
Jangan lupa untuk tanda mula dan tamat di bahagian permulaan kotak serta bahagian akhir supaya anak lebih faham
Gunakan setiap ruang kotak dengan alphabet
Boleh bermain bersama-sama dengan anak!
Selamat mencuba!
Kredit: Asyalliee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)