Dalam bulan Ramadan ni memang seronok cuba resipi macam-macam. Sesekali buat wantan goreng pun sedap juga untuk hidangan buka puasa mahupun sahur. Kalau tak ada kulit wantan tak perlu risau boleh guna kulit popia juga sebagai ganti.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Ckin Izz Ilfy menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya resepi yang senang dan sedap ini dipelajari daripada salah seorang pesakitnya yang merupakan seorang Cina Muslim.
Nampak macam susah nak sediakan, rupa-rupanya kacang botak berempah bersalut tepung ini sangat mudah untuk disediakan. Modalnya pula tak lebih dari RM10 dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Bukan sahaja dapat disimpan dalam kuantiti yang banyak malah boleh diberikan sebagai buah tangan buat saudara mara.
Jom ikuti perkongsian resipi ini!
Kudap-kudap sambil membawang😁😁..
*Kacang botak @ kacang salut tepung
Bahan-Bahan
250gram kacang tanah
2 sudu kecil gula
1 sudu makan jintan manis(dikisar)
1 sudu makan jintan putih(dikisar)
1sudu makan serbuk cili
2sudu makan serbuk kari daging
1biji telur
sedikit garam
2sudu makan tepung gandum
Cara-caranya
Gaul semua bahan kecuali kacang,gaul sebati. Dah sebati masukkan kacang,gaul rata. Goreng dengan minyak yang banyak api slow-slow,leraikan kacang tanah sambil mengoreng.
Selamat mncuba😁
Kredit: Noor Baini Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pisang goreng yang sedap dan rangup walaupun ketika masih sejuk sememangnya menjadi igauan kita. Apa rahsianya? Perkongsian resipi Yayar B. Awang Noh yang menggunakan resipi ini untuk berniaga pisang goreng selama 15 tahun ini anda kena cuba.
Memang simple, rangup dan sedap. Jom cuba!
Salam semua. Jom Yayar kongsi resipi tepung pisang goreng yang abang Yayar buat niaga selama hampir 15 tahun. Dengan ini Yayar ikhlas kongsi dan juga boleh sahabt gunakan untuk yang mahu mulakan pernigaan pisang goreng.
Sukatan tepung ni Yayar dah kecilkan sesuai untuk 1 atau dua sikat pisang. Boleh guna pisang abu, pisang nangka mahupun pisang tanduk. Banyak lagi pisang tapi lupa nak senaraikan.
Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata bayi tak boleh makan kek? Yang penting bahan-bahan yang diperlukan mestilah mesra bayi.
Jom cuba buat kek carrot kukus versi bayi, mudah disediakan dan paling penting sedap!
KEK CARROT VERSI KUKUS
Bahan A:
🥕2 biji telur
🥕½ cawan minyak masak
🥕madu @ puree kurma – sukatan ikut kemanisan yg dikehendaki (⚠️ penggunaan madu utk bayi berumur 1 tahun dan ke atas)
➡️Blend sehingga kembang dan berbuih² tiga bahan ini. lagi lama lagi bagus sbb nanti kek tu akan naik cantik dan teksturnya lembut.
Bahan B:
🥕1 cawan tepung naik sendiri (jika guna tepung gandum unbleached, perlu tambahkan baking powder)
bahan C
🥕carrot sagat (kuantiti ikut kegemaran masing²)
🥕zest lemon (utk buang bau hanyir telur,sbg pengganti esen vanila)
masukkan bahan B di dalam bekas. kemudian tuangkn bahan A yg telah siap diblend. kacau sebati menggunakan whisk. tak perlu kuat-kuat ya. Barulah masukkan bahan C. sebatikan juga.
Tuangkan ke dalam bekas@acuan@loyang. Mami guna carrot sagat, potongan kurma dan kepingan badam sebagai hiasan. (optional). Kukus selama 45minit atau sehingga masak. nak tukar kepada versi bakar pun boleh.