Guna Kulit Popia Je Buat Wantan, Paling Cepat & Sedap. Rangup Bila Makan!

Share

Dalam bulan Ramadan ni memang seronok cuba resipi macam-macam. Sesekali buat wantan goreng pun sedap juga untuk hidangan buka puasa mahupun sahur. Kalau tak ada kulit wantan tak perlu risau boleh guna kulit popia juga sebagai ganti.

Seperti resipi yang dikongsikan oleh Ckin Izz Ilfy menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya resepi yang senang dan sedap ini dipelajari daripada salah seorang pesakitnya yang merupakan seorang Cina Muslim.

Resipi wajib cuba: Jemu Makan Nasi, Resipi Bihun Sup Utara Pembuka Selera. Letak Sambal Special, Memang Umph!

BAHAN-BAHAN

  • isi ayam (1 mangkuk)
  • isi udang (1 mangkuk)
  • tepung jagung (3-4 sudu)
  • lada hitam
  • lada putih
  • gula
  • garam
  • kulit popia (saiz petak kecil)
  • tepung gandum (untuk gam kulit popia)

Cara penyediaan boleh rujuk pada gambar:

Cincang halus isi ayam + udang.
3-4 sudu tepung jagung.
Garam, gula, lada hitam, lada putih secukup rasa

Gaul rata kesemua bahan.
Tak perlu air

Letakkan adunan isi tadi di kulit popia seperti gambar

Bancuh tepung gandum dengan air.
Sedikit sahaja dan pekat.
Letak di kulit popia sekeliling adunan isi untuk gamkan bunjut popia

Bunjutkan seperti gambar

Masukkan satu persatu ke dalam minyak yang sudah panas. Goreng dengan api sederhana

Angkat dan toskan

Done. siap sedia untuk di hidang!

Jangan lupa cuba buat dekat rumah nanti, mesti semua orang suka dengan kerangupan wantan kulit popia ni. Cicah pula dengan sos thai, memang terangkat!

Kredit: Ckin Izz Ilfy (MAHN)

resipi wajib cuba: Nasi Goreng Isi Ketam, Resipi Padu. Terasa Lemak Isi Ketam, Makan Pun Bertambah

Published by
SAHR