Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa antara usia empat hingga 30-an melecur apabila belon helium yang menjadi ‘prop’ untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu meletup.

Mereka yang terjejas dalam insiden 11.30 pagi itu adalah peserta dan pengunjung ke program kecergasan Kementerian Pendidikan.

Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium, 9 Kanak-Kanak Antara Mangsa Melecur

Lima mangsa dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun masih dirawat di wad Hospital Putrajaya kerana kecederaan melecur tahap dua dan yang lain telah dibenarkan pulang.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan, kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang dewasa yang cuba memutuskan benang ikatan belon dengan pemetik api yang kemudiannya menyambar belon helium berkenaan.

“Polis menjumpai pemetik api yang disyaki di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas program kecergasan itu selesai kira-kira 11 pagi iaitu sewaktu sedang berkemas.

Program kecergasan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sebelah pagi berjalan lancar. Pada program itu, Teo turut mengambil bahagian melakukan aktiviti kecergasan.

IKLAN

Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium, 9 Kanak-Kanak Antara Mangsa Melecur

Rosly berkata sehingga kini, masih belum ada pihak tampil untuk membuat laporan berhubung insiden itu.

Beliau berkata wakil penganjur atau mangsa boleh membuat laporan untuk membolehkan polis memulakan siasatan.

“Setakat ini belum ada sesiapa yang ditahan untuk siasatan,”katanya.

BACA [Maafkan Ibu! Anak Melecur Teruk Akibat Belon Yang Di Beli Di Pasar Malam Meletup]

IKLAN

Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan berkata tiada mangsa yang kritikal.

“Mangsa mengalami luka terbakar tahap pertama dan tahap kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza ada yang dikening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan,”katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya.

Guna Pemetik Api Putuskan Benang Belon Helium, 9 Kanak-Kanak Antara Mangsa MelecurDr Wan Azizah ketika ditemui  berkata ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma dengan kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.

IKLAN

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,” katanya.-BERNAMA

Kredit Foto: BH Online

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI