Biasakan anak memberus gigi antara situasi yang agak sukar lagi-lagi bila anak dah pandai tutup mulut dan mengamuk. Ini antara drama yang kadang tu boleh buat ibu bapa naik angin waktu pagi atau malam sebelum tidur.
Jika biarkan anak gosok gigi sendiri, mungkin lebih banyak main. Doktor Gigi, Dr Iqbal Rosali ada memberikan 4 posisi yang perlu dibuat sekiranya anak susah nak beri kerjasama.
SAYA GUNA TEKNIK POSISI NOMBOR 1: BERDIRI DARI BELAKANG
“Doktor selalu bagitahu, kita kena tolong anak kita gosokkan gigi. Nak tolong macam mana?”
Kita kena tolong gosokkan gigi anak kita paling-paling kurang sampai umur 6 tahun. Sesekali bagi juga mereka praktis sendiri untuk tengok keupayaan mereka menggosok gigi dengan betul. Pastikan pantau supaya teknik gosok itu betul.
Bila kita tolong gosokkan, posisi kita dan anak kita main peranan supaya anak selesa, kita juga boleh gosok semua permukaan gigi dengan bersih. Boleh tiru macam dalam gambar.
Nombor 1 paling senang. Yang ini kena mulakan biasa dari awal, lama-lama anak akan faham dan ready buka mulut sahaja.
Nombor 2 pun boleh dipraktiskan juga. Kalau dia selesa baring, baringkan saja. Dulu saya guna teknik nombor 2. Sekarang anak dah faham, tukar teknik nombor 1.
Nombor 3 kalau anak mengamuk tak mau gosok gigi. Gosok gigi pun kena ikut mood juga kan.
Nombor 4 kalau anak dah besar dan tenaga seorang tak cukup nak pegang. Ha kenalah minta bantuan si ayah juga.
Nombor 3 dan nombor 4 juga boleh digunakan untuk kanak-kanak kelainan upaya yang perlukan pemerhatian rapi.
Tak kira mood anak macam mana, kita tetap kena buat gosok gigi ni. Jangan tinggal-tinggal. Boleh kan?
Kredit gambar:
Lovedentalcare
Dr. Mohd Hisyammuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkongsian Ibu Ini Dalam Rancangan TV Membuka Mata Tentang Impetigo
Perkongsian ibu ini dalam rancangan TV membuka mata tentang impetigo dan sindrom kulit melecur. Lebih menyentuh hati ialah ketika itu bayinya baru berusia 10.
Bermula dengan tiga bintik kuning sebagai impetigo, Puan Mazne Aznan mendedahkan yang keadaan anaknya bertukar lebih teruk sebagai sindrom kulit melecur atau scalded skin syndrome.
Dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara dengan tajuk “Sindrom Kulit Melecur” yang ke udara pada 8 Januari 2018, ibu ini turut berkongsi yang mungkin jangkitan bakteria yang menjadi penyebab penyakit kulit ini terjadi daripada orang yang melawati bayinya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Julai 2018, iaitu sesudah 10 hari kelahiran bayinya, Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan, tiga bintik itu dirawat sebagai impetigo.
Selepas dibenarkan keluar daripada wad selepas selesai rawatan fototerapi kerana jaundis. Mazne menyapu krim yang dibekalkan. Namun hatinya merasakan impetigo yang dialami Affan masih belum sembuh sepenuhnya.
Beberapa hari kemudian, timbul pula gelembung cecair. Hatinya mengatakan keadaan Affan masih belum sembuh.
Selepas itu, terjadinya kuping-kuping kering pada muka Affan.
Sehari kemudian, keadaan menjadi lebih teruk apabila kuping terbentuk dengan banyaknya pada wajah. Kali ini Affan langsung tidak boleh membuka mata!
Setelah dibawa ke hospital dan diberikan antibiotik, kulit Affan ini semakin pulih. 4 hari pelbagai rawatan diberikan, Affan akhirnya semakin pulih walau pun bahagian belakang dan punggungnya masih luka. Tindakan Mazne dan suami membawa Affan segera ke hospital adalah tepat!
Terkini keadaan kesihatan Affan sudah semakin baik. Mazne bersyukur anaknya pulih dan kini sudah berusia hampir 6 bulan.
“Alhamdulillah, Affan dah sihat sepenuhnya. Tak perlu follow up dengan hospital. Affan dah boleh guna sabun mandi bayi yang biasa dan tak perlu gunakan sabun mandi yang dibekalkan hospital. Baju-baju Affan juga sudah boleh dibasuh dengan sabun basuh bayi yang biasa. Tak perlu dah guna Dettol atau air panas semata-mata,” kata Mazne.
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ibu ini, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma Episod 5: Sindrom Anak Melecur yang ke udara pada 8 Januari 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD. Terdapat juga siaran ulangan pada jam 9 malam pada hari yang sama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Umi Tak Jaga Noah Baik-Baik.” Pilunya Nukilan Ibu, Anak ‘Pergi’ Mengejut Dalam Tidur
Ajal dan maut telah ditentukan Allah. Namun rasa bersalah dan trauma masih dirasai ibu ini setelah si kecil pergi tatkala disisinya. Rindu yang tidak berpenghujung buat si kecil, tapi ibu ini yakin anaknya sedang menunggunya di syurga.
Catatan ini yang ditulis seorang ibu amat memilukan dan mendapat responds lebih 7,5000 warganet. Ibu ini langsung tidak menyangka anak kecil yang dilihat sihat rupanya mengalami jangkitan pada paru-paru atau pneumonia yang menjadi asbab pemergian anak syurga ini. Namun dia reda dengan ketentuan Allah.
Anak umi syggg..
Hari ini genap 103 hari anak saya AHMAD NOAH EDRYYAN tinggal kan saya….masih terngiang-ngiang tangisan dia. Terkenang-kenang senyuman dia. Terbau bau-bauan dia.
23/12/2018
Noah di lahirkan secara emergency czer pada 32 weeks kerana breech presentation, contraction pain & leaking awal since 26 weeks pregnancy. Di masukkn di NICU lebih kurang 17 hari..
Apabila Noah dibenar kan keluar dari wad umi rasa happy sangat.. Abang n kakak-kakak pun tak sabar nak tgu Noah..Noah sangat aktif dan menyusu dengan baik skali.
tetapi..
2/2/2019
Pada 02/02/2019 ibarat mimpi ngeri bagi saya. Kebetulan saya pulang ke kampung saya Melaka kerana kenduri. Tapi saya plan memang tak pergi pun kenduri tu cuma nak dok rumah family je dengan Noah kat Melaka tu coz dia still kecik lagi lebih-lebih lagi Noah is baby prematured.
Selama ni Noah sihat je tapi pada hari kejadian Noah last breastfeed lebih kurang jam 12.30 pagi. Then jam 3.00 pagi camtu sy tersedar coz kakaknya Mayra nangis nak susu.. Husben saya tolong buatkn..
CECAIR KELUAR DARI HIDUNG, NOAH SENYAP & TAK ALERT
Then sy toleh pada Noah dan kejut kan untuk menyusukn dia. Tapi pelik kenapa senyap je then kejut-kejut Noah dah tak alert. Senyap je.
Terus saya cepat-cepat angkat Noah dan lakukan CPR dan masa tu dah keluar cecair darah sikit dari hidung Noah dan terdetik di hati saya masa tu dia dah takde tapi saya tetap nafikan dan cepat-cepat terus bawa ke hospital.
Sampai kt hospital saya meraung menjerit pada staff kecemasan untuk selamatkan ank saya. Doc keep on CPR dan intubate untuk selamatkan Noah lebih kurang 30 minit. Tetapi Noah tetap tak dapat diselamatkan.
NOAH ALAMI PNEUMONIA, SAKIT DALAM SENYAP
Terpaksa melakukan post morterm kerana dah jadi kes polis n base on post morterm is lung infection..PNEUMONIA..
Saya ingat kan Noah tersedak susu tapi rupanya dia dah sakit dalam senyap. Tak de sign & simptom apapun cuma selsema sikit je. Dalam tidur dia pergi tinggalkan saya, di sisi saya..
Umi gagal jaga Noah dengan baik. Maafkan umi sayang. Kalau la saya tersedar awal pagi tu maybe Noah still lagi bersama dengan saya sehingga ke hari ini.
BENGKAK SUSU, PERLU AMBIL PIL UNTUK HENTIKAN PENGHASILAN SUSU
Pada masa itu dengan dugaan saya bengkak susu dan terpaksa perah keluar susu untuk kuragkan bengkak. Saya terpaksa ambil pil stop susu. Tanpa bayi di sisi susu dibuang mcm tu je.
Kalau la saya notice awal dalam diam Noah menderita sakit memang saya bawak Noah ke hospital dan akan duduk diam-diam je kt NICU tu sehingga Noah betul-betul sihat.
Lebih-lebih lagi Noah baru je jumpa doc pada 28/1/2019 di Hospital ****** dan doc menyatakan Noah sihat.
BUKAN REZEKI NOAH MEMBESAR DENGAN KELUARGA
Saya tak blame mana-mana pihak. Dah tercatat di loh mahfuz akan pengakhirannya. Allahu…Bukan rezeki kami Noah akan membesar dengan kami. Sekurang kurangnya dapatlah saya menjaga Noah selama 42 hari usianya. Menyusukan dia sepenuhnya dengan susu badan saya.
UMI MASIH TRAUMA
Sejujurnya saya sangat tidak kuat tapi saya cuba untuk kuat demi anak-anak yang lain. Saya masih rasa sgt trauma bila tiba-tiba saya tersedar waktu malam terus saya akan teringat kejadian pagi tu..
Saya akan tengok anak-anak saya yang lain mereka ok atau tidak dan kadang-kadang sampai sekarang saya masih menyalahkan diri sendiri.
MAAFKAN UMI SAYANG…
Saya as medical staff pun gagal untuk jaga ank sendiri.. Allahuuu maafkan umi sayang.. Noah dijangkiti kuman dari abang dan kakak2-kanaknya yang kebetulan pada masa tersebut mereka pun tak berapa sihat. Lebih-lebih lagi paru-paru Noah tak cukup matang lagi dan memang sangat-sangat mudah dijangkiti.
BAYI KECIL JANGAN DEDAHKAN KEPADA ORANG LUAR
Please ibu-ibu yang masih mempunyai bayi yang baru lahir janganlah terlalu expose dengan orang luar atau bawak keluar pergi jalan-jalan di public. Its too early, baby still fragile.
Jauhkan la baby dengan siapa-siapa yang tidak sihat. Baby mudah sangat di jangkiti..Saya cukup takut bile tengok kecik-kecik lagi dah bawak baby keluar sana sini.
Terima kasih semua yang mendoakan utk arwah ank saya AHMAD NOAH EDRYYAN. Pada bulan Ramadan yang mulia ini doakan saya kuat dan sentiasa redha utk hadapi semuanya.
BERLARILAH KAMU DI SYURGA
Berlari-lari kamu kat sana wahai ank syurga umi abi. Sentiasa doakan kami ye sayang. Di sana lah tempat terbaik untuk awak noah. Awak sentiasa dalam hati umi sampai bila-bila.. Tunggu umi ye sayang. Sampai waktunya dengan izin Allah kita akan ketemu jua..❤️❤️❤️ Noah jenguk2 umi ye dlm mimpi umi tau syggg.Alfatihah ?
#noahedryyan #wildansyurgaumiabi #umirinduawaksgtsgtnoah? #103daymissingyounoah #23/12/2018-02/02/2019
Sumber: Miera Mastura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat
Lahir pada usia 8 bulan 2 hari seberat 800 gram siapa sangka adik Adam Muhammad Hadi Mohammad Hanif, 1 tahun 7 bulan kini membesar dengan sihat.
Menurut ibunya, Norhafizah Sobri, 30, perjalanan hidup Hadi selepas dilahirkan penuh cabarannya apabila Hadi terpaksa tinggal di hospital sejak dari lahir hingga genap usianya 7 bulan kerana perlu bergantung dengan bantuan oksigen.
Memandangkan Hadi lahir pramatang dan paru-parunya lemah, dia cukup sensitif dengan keadaan sekeliling , terutama asap rokok, debu dan orang ramai.
Malah ketika berada dalam wad pun dia boleh terkena jangkitan virus hingga menyebabkan batuk dan selesema dan terpaksa gunakan semula bantuan oksigen walaupun ketika itu dah mula perlahan-perlahan nak kurangkan bantuan oksigen.
Bagi kes Hadi dia mengalami masalah paru-paru berparut, namun ada juga sesetengah kes yang menyebabkan paru-paru bernanah.
Paling buat saya risau ketika itu, jika Hadi tak dapat bantuan oksigen yang cukup mukanya terus bertukar kebiruan dan nafasnya juga berbunyi.
Walaupun menjaga Hadi memerlukan penjagaan rapi hingga saya terpaksa berhenti kerja semua itu saya ambil sebagai satu yang positif. Ini kerana sebelum Hadi dibenarkan keluar hospital, doktor menasihatkan kami supaya rumah tak boleh ada langsir hingga terpaksa lekat wallpaper, karpet, atau sebarang habuk kerana akan menyebabkan kesihatan Hadi makin merosot.
Hampir Setahun Kuarantin
Boleh dikatakan hampir setahun terpaksa kuarantin Hadi untuk dia benar-benar pulih. Kami juga langsung tak bawa dia keluar berjalan, niat balik kampung terpaksa dilupakan sekejap apatah lagi nak jumpa saudara mara.
Alhamdulillah selepas ikut nasihat doktor nampak perubahan Hadi dari semasa ke semasa dan pada 4 Disember lalu Hadi tak perlu lagi memakai bantuan oksigen. Leganya hanya Allah yang tahu.
Doktor juga beritahu perkembangan Hadi cepat kerana biasanya paling awal kanak-kanak yang mengalami masalah paru-paru ini lepaskan bantuan oksigen umur dua tahun.
Jika sebelum ini Hadi terpaksa jumpa doktor tiap-tiap minggu, sekarang sebulan sekali. Walaupun orang tengok badannya kecil berbanding kanak-kanak seusianya tetapi saya bersyukur perkembangan lain normal dan cepat.
Norhafizah berkata, dalam tempoh ini saya mula memperkenalkan makanan berkhasiat pada Hadi bagi memberinya selera dan untuk memastikan berat dan ketinggiannya normal, Hadi turut minum yang disyorkan doktor.
Kisah adik Hadi pernah disiarkan sebelum ini https://www.majalahpama.my/terlalu-aktif-ketika-hamil-anak-lahir-pramatang-dan-terpaksa-berada-dalam-wad-7-bulan/ apabila ibunya mengalami pendarahan di awal kehamilan kerana terlalu aktif hingga doktor tak meletakkan apa-apa harapan pada kandungan itu.
Namun kuasa Allah, adik Hadi mampu bertahan dalam kandungan ibunya walaupun terpaksa dilahirkan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI