Biasakan anak memberus gigi antara situasi yang agak sukar lagi-lagi bila anak dah pandai tutup mulut dan mengamuk. Ini antara drama yang kadang tu boleh buat ibu bapa naik angin waktu pagi atau malam sebelum tidur.
Jika biarkan anak gosok gigi sendiri, mungkin lebih banyak main. Doktor Gigi, Dr Iqbal Rosali ada memberikan 4 posisi yang perlu dibuat sekiranya anak susah nak beri kerjasama.
SAYA GUNA TEKNIK POSISI NOMBOR 1: BERDIRI DARI BELAKANG
“Doktor selalu bagitahu, kita kena tolong anak kita gosokkan gigi. Nak tolong macam mana?”
Kita kena tolong gosokkan gigi anak kita paling-paling kurang sampai umur 6 tahun. Sesekali bagi juga mereka praktis sendiri untuk tengok keupayaan mereka menggosok gigi dengan betul. Pastikan pantau supaya teknik gosok itu betul.
Bila kita tolong gosokkan, posisi kita dan anak kita main peranan supaya anak selesa, kita juga boleh gosok semua permukaan gigi dengan bersih. Boleh tiru macam dalam gambar.
Nombor 1 paling senang. Yang ini kena mulakan biasa dari awal, lama-lama anak akan faham dan ready buka mulut sahaja.
Nombor 2 pun boleh dipraktiskan juga. Kalau dia selesa baring, baringkan saja. Dulu saya guna teknik nombor 2. Sekarang anak dah faham, tukar teknik nombor 1.
Nombor 3 kalau anak mengamuk tak mau gosok gigi. Gosok gigi pun kena ikut mood juga kan.
Nombor 4 kalau anak dah besar dan tenaga seorang tak cukup nak pegang. Ha kenalah minta bantuan si ayah juga.
Nombor 3 dan nombor 4 juga boleh digunakan untuk kanak-kanak kelainan upaya yang perlukan pemerhatian rapi.
Tak kira mood anak macam mana, kita tetap kena buat gosok gigi ni. Jangan tinggal-tinggal. Boleh kan?
Kredit gambar:
Lovedentalcare
Dr. Mohd Hisyammuddin