Sate sememangnya makanan tradisi orang Malaysia. Rata-rata menyukai rasanya yang berempah dan lembut, malah turut menjadi makanan kegemaran kanak-kanak. Namun di musim PKP ini agak sukar untuk mendapatkan sate kerana kebanyakan kedai sate tidak beroperasi.
Tak perlu bimbang kerana cara membuatnya sangat mudah dan kos yang dikeluarkan jauh lebih murah untuk membuat sate. Yang paling peting sedap cukup rasa. Bosan-bosan waktu PKP ini jom kita cuba resipi mudah ini. Kalau mama papa nak buat untuk anak-anak kecil tak perlu tambah garam dan gula, rasanya manis asli dari ayam pun cukup sedap.
Puas hati bila buat sendiri, lagi sedap. Makan macamtu je pun dah sedap. Walaupun makan berdua je saya lagi suka buat sendiri. 1 ekor ayam dapat 40 cucuk sate. Itu pun buat besar-besar.
Resipi sate ayam merecikkk (untuk 1 ekor ayam)
BAHAN-BAHAN
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci & toskan)
(kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)
Ads
Bahan Kisar
-2 labu bawang besar **
-5 ulas bawang merah (taknak letak pon takapa, letak lagi sedap)**
-1 labu bawang putih **
-2 Inci halia**
-4 batang serai **
(satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit air)
Bahan Perap
-2 keping gula melaka (potong kecil-kecil/hiris-hiris)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sudu kecil garam
-4 sudu kecil serbuk kunyit
-3 sudu besar jintan manis
Ads
CARA-CARA
-Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap. Kemudian gaul hingga sebati.
-Boleh tambah apa yang kurang, gula/garam.
-Perap semalaman kalau nak sedap.. (sy perap balik kerja semalam, petang tadi baru bakar)
-Selepas perap baru dicucuk pada lidi
-Nak lebih sedap selitkan lemak/kulit ayam ditengah
-Lebihan perapan tadi,ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 batang serai ketuk hujungnya)
-5minit dah masak, sebab dah perap semalaman.
-Masa bakar tu renjiskan dengan bahan renjis ye, biar satay tu basah je.
Makan macam tu pun dah sedap, sebab dah cukup rasa.. selamat mencuba!
KUAH KACANG
Ads
BAHAN-BAHAN
-1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan kisar/tumbuk separa halus. Saya kisar sahaja, jangan halus sangat ye)
-Segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bawang besar **
-2 inci halia **
(Kisar bahan bertandan **dengan sdikit air)
-1 batang serai (ketuk)
-2 keping gula melaka
-1/2 cawan gula
-Garam
-3 cawan air
-1 kotak santan
-2 keping asam keping
CARA-CARA
-Panaskan minyak, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat.
-Tumiskan bahan kisar, masukkan serai(tumis smpai pecah minyak).
-Masukkan kacang, gaul sebati.
-Masukkan air, biar mendidih. (api perlahan)
-Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
-Masak sampai kuah jadi pekat.
-Rasa dan boleh tambah apa yang kurang.
-Siap
**
Kalau taknak letak santan pun tak apa, just guna air je.. Kalau saya, saya suka letak santan.
credit : Siti Norizan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti bakar yang baru diangkat daripada pembakar sememangnya cukup enak kala digabungkan bersama secawan kopi atau teh panas. Tambah enak dan bangkit lagi bila digabungkan bersama karemel daripada pisang emas yang ditaburkan di atasnya.
Resipi mudah lagi ringkas daripada Noriza Awang Hamat ini cukup mudah dan istimewa. Hanya gantikan sapuan kaya atau mentega dan sadurkan dengan marjerin, telur dan pisang emas yang cukup manis. Rasanya memang teramatlah sedap. Tak percaya jom kita cuba!
Memang terbaik la.. roti bakar bertakhta kan kepingan pisang emas. Lemak manis rasanya. Rangup roti yang dibakar garing, kepingan pisang yang berjus apabila digigit. Rugi kalau tak cuba.
Bahan-bahan:
Kepingan roti
Marjerin
Kuning telur
Pisang emas
Gula
Bahan-bahan untuk buat roti bakar.
Sapukan marjerin atau Planta yang dicairkan terlebih dahulu dan kuning telur.
Susun kepingan pisang di atas roti kemudian sapukan sekali lagi dengan Planta dan kuning telur. Kemudian taburkan gula.
Bagi penggemar masakan mamak pastinya teramat merindui Ayam Goreng Mamak yang sentiasa panas dan rangup di restorannya. Terbayang-bayang kala ayam dipotong kecil dan diletakkan di atas pinggan yang penuh dengan nasi dan campuran kuah. Nasi kandar dengan ayam goreng padu tidak pernah mengecewakan.
Namun tempoh PKP yang masuk hari ke 21 hari ini pastinya membuatkan penggemarnya berputih mata apabila tidak dapat makan di restoran itu dengan berselera sekali. Biarpun dapat membeli dan membungkusnya namun pastinya rasa dan situasinya tidak sama.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang saban hari meminta menu yang sama iaitu ayam goreng. Jadi apa kata anda mencuba sendiri menyediakan resipi ayam goreng mamak yang buat kita ketagih. Jom cuba!
Ayam Goreng Mamak Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
1 sudu makan serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Basuh ayam bersih.
Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Siap!
Setiap hari makan nasi adakalanya buat anak cepat bosan. Cuba olah nasi menjadi sesuatu yang lebih menarik supaya anak lebih tambah minat dan berselera untuk makan setiap hari. Salah satunya adalah dengan menyediakan olahan nasi menjadi pizza.
Resipi yang dikongsikan oleh Aida Azmir ini menarik untuk dicuba. Anak pun lebih senang makan kerana saiz yang comel. Sesekali jadikan pizza buat anak makan bertambah. Jom cuba!
Hi semua, saya nak kongsi snack kegemaran anak saya. Simple dan cepat. Anak kalau makan pun tak risau tumpah ke baju kotor. Sepah sikit-sikit tu biasa la.
Snack ni kalau boring tak ada idea ke anak tak suka tengok nasi mommies boleh cuba jugak. Silap-silap kita yang tolong ngap.
Let’s start.
Bahan-bahan:
Nasi putih
Telur
Lobak merah
Brokoli
(Nak letak isi Ayam, udang pun boleh)
Campurkan semua bahan, selepas di potong kecil. Ikut kesesuaian umur anak.
Ok tapi belum siap lagi.
Panaskan mentega kat kuali, bagi senang nak terbalikkan nanti dan ni sebagai perasa jugak (No salt).
Ratakan ala-ala lempeng. Tunggu dia garing.
Ok done. Potong ala pizza..ready to eat. Mama suka cicah sos cili.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki...