Kesihatan

Guna Span Cuci Pinggan Bersihkan Perkakasan Anak, Jika Tak Bernasib Baik, Anak Boleh Cirit Birit!

Share

Selalu sangat anak-anak cirit birit, malah kali ini lebih kerap. Selain pemakanan yang tidak serasi, salah satu punca yang mak ayah perlu tahu adalah cara kita mencuci perkakasan di rumah termasuklah botol susu dan sebagainya.

Punca utama pastinya wujud kuman dan bakteria yang berada di span pencuci pinggan di rumah. Sebaiknya gunakanlah span khas untuk kesemua peralatan anak ini. Malah paling utama, jaga dan bersihkanlah span ini sentiasa agar kuman-kuman yang terdapat padanya dapat dikurangkan.

Perkongsian Public Health Malaysia ini mak ayah perlu ketahui untuk mengelakkan masalah cirit birit disebabkan jangkitan kuman pada span.

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.

Span adalah SYURGA bagi kuman. Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

✅ Rebus 5 minit atau,

✅ Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit atau,

✅ Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan: Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing, Doktor Kongsikan Tanda Jangkitan & Cara Rawatan

Anak Muntah Cirit Birit Sampai 2 Minggu, Tak Sangka Kuman Ini Penyebabnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM