Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu. Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Baca:
Apakah itu hypnobirthing?
Dicipta oleh seorang pakar hipnoterapi dari Harvard University Ford Foundation iaitu Marie “Mickey” Mongan, hypnobirthing adalah sejenis teknik meditasi yang dilakukan oleh ibu hamil untuk tujuan melahirkan bayi dengan lebih mudah. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan metode hipnosis bagi membantu ibu hamil berasa lebih relaks secara mental, fizikal dan rohani.
Selain itu, teknik ini juga dilakukan untuk membantu mereka melawan perasaan takut dan mengurangkan rasa sakit serta rasa letih ketika melahirkan bayi. Berbanding menggunakan perkataan seperti sakit atau letih, teknik ini akan menggantikannya dengan perkataan tekanan. Kontraksi pula akan digantikan dengan perkataan seperti pusuan atau gelombang.
Dalam erti kata yang lain, teknik ini adalah berfokuskan dan berpandukan kepada pengawalan otak yang boleh mengatasi kesemuanya berkaitan dengan tubuh badan. Menurut kajian, teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ribuan wanita yang sudah melakukannya.
Siapakah yang boleh melakukan hypnobirthing?
Tentu sekali, individu yang boleh melakukannya adalah ibu hamil yang sedang menunggu untuk melahirkan bayi kelak. Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan oleh golongan ibu hamil yang perlu/ingin bersalin secara alternatif? Ya, teknik ini juga boleh dilakukan jika ibu hamil berhadapan dengan situasi seperti berikut:
-Bersalin secara pembedahan caesarean
-Bersalin dalam air
-Bersalin dengan bantuan epidural
-Bagaimanakah hypnobirthing dilakukan?
Teknik ini akan melibatkan penggunaan muzik, visual, perkataan dan pemikiran yang positif untuk tujuan merelakskan badan, mengawal pernafasan serta sensasi ketika melahirkan bayi. Ia boleh dilakukan secara sendiri atau mendapatkan bantuan daripada pakar hipnoterapi. Namun begitu, mereka ini mungkin tidak akan berada di sisi ketika proses bersalin hampir dekat, oleh itu, anda disarankan untuk mempelajarinya sendiri.
Sumber: Hello Doktor