Bab memasak tak ada masalah untuk ibu-ibu, cuma bila nak mengelap dan membersihkan dapur lepas memasak tu ambil masa sikit. Setakat lap biasa-biasa ok je, tapi nak beriya tu mungkin tunggu ada mood baru boleh berkilat semula dapur.
Lagi-lagi jika menumis sambal, menggoreng ikan, kesan percikan itu akan memenuhi permukaan dapur. Kalau nasib tak baik, di dinding pun ada. Selain lap dengan kain atau span, sebenarnya nak bagi dapur berkilat ada caranya.
Tip yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim sangat mudah. Hanya menggunakan ubat gigi, kemudian gosok, terus dapur nampak berkilat seperti baru.
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang. Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
Ads
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
Ads
3. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Haa terus nampak berkilat macam dapur gas baru! Dengan modal tak sampai RM10 pun dah boleh selesai. Tak adalah daki hitam minyak di celah dapur gas lagi.
Ads
Kalau nak tahu ok atau tak, boleh ambil dulu ubat gigi yang ada dalam bilik air. Cuba lap dan gosok untuk tengok hasilnya. Selamat mencuba!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim / Semuanyajdt
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya ? Nakal betul. Selalu pukul orang, kawan-kawan. Beginilah. Sebenarnya,
Anak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul, tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih berkembang. Masih lemah.
Mereka masih tak tahu bagaimana nak kawal tangan mereka sendiri. Tak tahu nak bezakan gerakan yang perlahan dan laju.
Gerakan yang menyakitkan dan tak menyakitkan. Mereka masih tak tahu bagaimana nak bersosial dengan baik.
Yelah, baru 2 tahun melihat dunia. Anggota sendiri pun mereka tak ingat lagi nama anggota. Kita nak expect mereka tahu bagaimana nak bergaul ? Expect mereka tahu macam mana nak berkongsi, nak sentuh orang ?
Jadi, bagaimana nak didik mereka ini jangan pukul ? Boleh cuba begini ya.
1️⃣ Bila anak memukul, pegang tangannya. Jangan ditengking dan dipukul anak itu kembali.
2️⃣ Tunjukkan cara yang betul menggunakan tangan. Berikan bantuan fizikal.
” Abang, kalau nak sentuh adik, bukan macam tu, sentuh lembut macam ni , usap adik ” sambil gerakkan tangan anak lembut .
Anak pukul orang, tunjuk macam mana. Anak baling barang ?
Ambil tangan anak, ajar dia ambil balik barang tu, ajar dia bagaimana bagi barang dengan betul.
Anak rampas barang kalau dia nak ?
Ambil kembali barang yang dia rampas, prgang tangan dia, cakap kalau nak barang, minta elok-elok, tadah sebelah tangan dan cakap nak.
Anak suka jerit ?
Beritahu anak, bukan jerit , cakap perlahan. Tunjuk ,demonstrasi macam mana cakap lembut tu.
Jangan anggap anak tahu. Kita kena anggap anak tak tahu. Jadi kita akan selalu ajar dan ajar.
Jangan ketawa bila anak pukul, tukar raut wajah sedikit tegas. Kadangkala anak suka tengok kita ketawa, jadi kalau kita ketawa bila dia pukul. Apa lagi, dia akan ulang dan ulang sebab dapat buat ibu dan bapanya ketawa.
3️⃣ Selalu bercerita pada anak bagaimana nak berkawan dan sentuh orang.
Tak boleh pukul orang, tak boleh tarik kuat2. Bahagian kepala orang tak boleh dibuat main.
Paling best nak install mindset ini, guna buku cerita. Ceritakan hari-hari.
Doktrin sampai anak ingat dan aware.
4️⃣ Ulang selalu , jangan putus asa. Walaupun anak dah tak memukul pada usia 3 tahun, mungkin dia akan ulang kembali pada usia 4 tahun.
Masa tu, jangan cop anak nakal. Ingatkan lagi, cuba cari punca kenapa. Mungkin anak gagal kawal marah.
Ajar anak kawal marah bukan gunakan tangan dan kaki. Mungkin boleh guna squish ball, bantal atau ajar anak deep breathing dan luahkan pada ibu bapa.
5️⃣ Banyakkan game yang mantapkan hand and eye coordination anak.
6️⃣Ibu bapa pun jangan angkat tangan ,pukul anak bila buat salah. Anak umur 3,4 tahun , nak disiplinkan guna hanger. Big No!
Rasulullah pun beri panduan, pukul dibolehkan bila umur 10 tahun . Itupun bersebab dan beradab serta jalan terakhir dalam pendidikan anak-anak.
Kalau kita selalu cubit, sekeh kepala, pukul kaki tangan anak, maaf cakap, mungkin anak itu meniru sebiji apa yang kita buat.
Kitalah punca anak memukul. Jadi nak tak anak ,ibu ayah kena ubah dulu. Jadi, bila anak pukul kawan-kawan dia tengah main ,jangan rasa macam kenapa anak aku ni, nakal ke ?
Tenang je. Sebenarnya, anak kita tengah belajar. Ambil anak dan asingkan dia. Kita yang kena ajar. Yang mana satu betul dan salah. Ulang selalu.
Sampai anak tak pukul dah. Begitulah jadi ibu ayah, tugasnya bimbing anak sampai kita tua. Tugas bimbing anak akan tamat bila tamatlah nyawa kita.
Kredit: Wan Nur Syakira
Tengah lalui fasa anak suka pukul juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak.
Antara isteri, mak dan ayah – Nafkah mana yang patut didahulukan?
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan, usai memandikan anak dipakaikan bedak. Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya, tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada. Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya?
Petikan dari Verywell Health menyatakan bedak khas untuk bayi diperbuat daripada bedak mineral mahupun tepung jagung. Tiada bukti perubatan yang menunjukkan keberkesanan memakaikan bedak untuk merawat masalah kulit kering dan ruam.
Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan bedak boleh menyebabkan gangguan pernafasan kerana partikel debu halus yang masuk ke paru-paru mereka. Ada juga beberapa hasil kajian lain yang mengaitkan penggunaan bedak dengan serangan kanser tertentu.
Sebenarnya anak tidak perlu dipakaikan dengan bedak. Pemakaian bedak berisiko menyebabkan anak tersedut partikel kecil dalam bedak ke saluran nafas. Ini boleh mengakibatkan gangguan pernafasan dan sedihnya, boleh menyumbang kepada kematian. Sesetengah ibu bapa menggunakan bedak untuk merawat masalah kekeringan kulit atau ruam.
Cukup sekadar mengenakan pakaian nipis kepada anak dan elakkan mereka daripada mengalami peluh secara keterlaluan. Lebih aik lagi, selalulah gantikan pakaian anak. Tapi, kalaulau nak juga dipakaikan bedak pada anak-anak, ini caranya yang boleh anda buat:
1. Elakkan daripada meletakkan bedak pada muka dan alat sulit 2. Jangan letak dalam lampin 3. Tuangkan bedak pada tangan dulu sebelum diletakkan pada badan 4. Jauhkan bedak dari anak, elakkan mereka dari bermain dengan bedak
Minyak telon yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan masalah kembung perut juga tidak elok diamalkan selalu.
Perhatikan anak-anak jika mengalami alergi jika dioleskan dnegan minyak telon. Sesetengah kulit bayi atau kanak-kanak tidak tahan dengan kehangatan minyak telon maka ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit mereka. Simptom iritasi adalah seperti kulit menjadi kering, kemerahan serta gatal.
Jika risaukan anak-anak mengalami kembung perut pada waktu malam, pakaikan pakaian yang sedikit tebal dan berstoking.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.