Perintah Kawalan Peregerakan yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ekoran wabak Covid-19.
Pengumuman ini dibuat lebih awal agar semua bersedia. Jadi gunakan masa yang ada lebih kurang 20 hari ini untuk dimanfaatkan bersama ahli keluarga.
Masa #stayAtHome ni lah masa terbaik untuk buat One-on-One session dengan baby anda sendiri untuk isi tangki emosi mereka.
Caranya adalah :
– Ajuk & tiru mimik wajah ( facial expressions ) baby kita
– Ajuk & tiru bunyi dan suara comel mereka
– Nyanyikan lagu dan nasyid pada mereka
– Bercerita & berbual dengan mereka dengan nada penuh emosi dan kasih sayang
Amalkan dan rasakan sendiri kesan baiknya pada baby kita ya
#stayAtHome
#notaparentingTaufiqRazif
Sumber: Dr Taufiq Razif