Gunalah Nama Isteri Untuk Buka Akaun Simpanan Anak-Anak, Biar Isteri Jadi Penjaga Akaun

Share

Pernah tak kita terfikir jika berlaku apa-apa pada suami, bagaimana dengan akaun simpanan anak-anak atas nama suami sebagai penjaga? 

Mungkin ramai yang tak terfikir tentang perkara ini, tak ramai yang tahu dan tak ramai yang faham kalau suami letak nama dia sebagai penjaga, kalau suami pemilik bersama akaun tu dengan anak-anak dan ditakdirkan jadi apa-apa kepada suami seperti kematian, maka senang ke atau susah isteri nak keluarkan duit dari akaun anak-anak tu untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian…? Ikuti perkongsian ini.

“Kenapa tak letak nama abang ja…?”

Kelmarin saya buka SSPN-I Plus…saya letak nama pendeposit tu nama dia…pastu saya bagi login id, password…saya ajar macam mana nak check baki, macam mana nak tambah duit dan sebagainya…

Awal tahun bulan 1 hari tu, buka akaun Tabung Haji anak-anak…pun letak nama dia, suruh dia daftarkan akaun bersama dengan anak-anak…dia jadi penjaga akaun…

Dia tanya, kenapa tak letak nama saya ja…Soalan yang baik…tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham…kalau suami letak nama dia sebagai penjaga, kalau suami pemilik bersama akaun tu dengan anak-anak dan ditakdirkan jadi apa-apa kepada suami seperti kematian, maka senang ke, susah isteri nak keluarkan duit dari akaun anak-anak tu untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian…?

Banyak proses, banyak prosedur dan isteri takkan dapat duit on the spot… Check kat bank, suami pulak tak daftar penama…bank nak isteri kemukakan dokumen macam-macam baru pihak bank boleh bagi keluarkan duit…

Untuk elakkan urusan itu rumit, maka eloklah sekiranya kita buat akaun bersama anak-anak tu atas nama isteri…akaun remaja ASB nama isteri dan anak-anak, akaun Tabung Haji nama isteri dan anak-anak, akaun Sspn-i Plus pun nama isteri dengan anak-anak.

Waris suami boleh tuntut tak hak faraid untuk akaun tu semua…?

Akaun simpanan suami, nama suami, jawapannya YA

Tapi

Akaun simpanan isteri, nama isteri walaupun sharing dengan anak-anak, jawapannya TIDAK.

Itu hak isteri sepenuhnya kerana itu dah dikira sebagai harta isteri…jumlah simpanan dalam akaun tu adalah milik PENJAGA akaun selagi anak tu di bawah 18 tahun.

Suami pam je duit masuk akaun-akaun tu…secara online je… Senang dan mudah isteri nak jaga kebajikan anak-anak dan besarkan anak-anak dengan duit simpanan tu yang tidak boleh dicabar atau dituntut orang lain walaupun mereka adalah waris dari pihak suami.

Kredit: Firdaus Shakirin

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa