Guru bukan Islam ajar tulisan Jawi, “Saya jarang ajar tulisan Jawi, buat video ini untuk kenang-kenangan. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Guru Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
“Saya Jarang Ajar Tulisan Jawi, Buat Video Ini Untuk Kenang-kenangan”
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Sumber: Facebook Loren Fren
Baca artikel lain juga: Di Sebalik Jari Tak Sempurna, Tulisan Surah Al-Fatihah Inilah Membanggakan Umi!
Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru
Cuaca Panas Melanda Negara, KPM Benarkan Murid & Guru Pakai Pakaian Sukan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI