Guru sedih, luah rasa kecewa bila ada ibu bapa tak hirau tahap pembelajaran anak. Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka, tetapi juga memainkan peranan besar dalam pendidikan.
Guru Sedih, Luah Rasa Kecewa Bila Ada Ibu Bapa Tak Hirau Tahap Pembelajaran Anak
Terdapat sebilangan ibu bapa yang kurang peka atau menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak-anak mereka di sekolah. Sikap ini boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan intelektual dan emosi anak-anak.
Menerusi satu video di TikTok, seorang guru menzahirkan kekecewaannya dengan sikap ibu bapa yang tidak menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak mereka di sekolah.
Guru berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Syafwah, ada ibu bapa yang tidak menghiraukan nasihat guru-guru supaya anak dibawa berjumpa pakar.
@syafwahraduan #parents please do your #parenting dengan berikan bantuan, bimbingan & sokongan yang anak-anak sepatutnya terima. Jangan nafikan hak anak untuk mendapatkan intervensi yang mereka perlukan. The earlier the better, and better late than never. Tak perlu malu sekiranya anak disahkan memerlukan pendidikan di aliran PPKI. DISCLAIMER: Ini merupakan pendapat PERIBADI saya & tidak menggambarkan pendapat/pendirian pihak atau organisasi lain. Posting ini bertujuan untuk berkongsi panduan/creating awareness. #cikgu #guru #teacher #teachersoftiktok ♬ original sound – Nurul Syafwah
“Minggu ini saya sangat sedih dan kecewa dengan ibu bapa seorang murid saya ini sebab dia memang berkeras, tidak bagi respons dengan cadangan kami, guru-guru untuk bawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan diagnosis.
“Cikgu-cikgu ini tidak suka-suka nak suruh anak awak dibawa jumpa doktor kalau melainkan kami merasakan anak itu memang kena jumpa doktor,” katanya.
Jelas Nurul Syafwah lagi, ada ibu bapa anak muridnya itu hanya membuat penafian serta meletakkan harapan bahawa anaknya itu masih boleh belajar dalam aliran perdana.
Sebenarnya keengganan ibu bapa mengikut saranan guru sebenarnya hanya akan menganiaya anak mereka sendiri.
“Kesian dengan anaknya sebab dia memang dah lemas dalam aliran perdana ini, tahu tak.
“Jadi ibu bapa tolong semak buku tulis anak-anak, tengok kerja (sekolah) mereka, kalau dah dapat aduan daripada guru yang mengajar tolong jangan paksa anak terus belajar dalam aliran perdana,” katanya.
Tambah Nurul Syafwah, ibu bapa bertanggungjawab membantu dan memberi sokongan kepada anak itu supaya dia boleh mendapat pendidikan yang sepatutnya diterima.
Sumber: TikTok Nurul Syafwah
Baca artikel lain juga: Guru Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi,Saya Jarang Ajar Tulisan Jawi, Buat Video Ini Untuk Kenang-kenangan
Dipukul Guru Ketika Usia 8 Tahun, Remaja Menang Saman. Allah Dengar Doa Kami
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI