Yuyu Zulaikha ada berkongsi foto anaknya sedang makan di laman Instagramnya. Sambil itu, ibu muda ini berkongsi cerita tentang karenah kedua-dua anaknya itu kalau mahu makan. Menurut Yuyu, anaknya yang sulung iaitu Habib, agak susah untuk memberinya makan ketika kecil dahulu.

Bahkan suaminya perlu menyanyi sambil suap Habib makan. Satu lagi, untuk memancing selera anaknya untuk makan, Yuyu memberinya pen dan kertas supaya Habib leka dan lebih mudah untuk diberi makan. Tambahnya lagi, dia dan suami kadang-kadang perlu bermain konon-konon ada kapal terbang mahu masuk ke dalam mulut, barulah anaknya itu membuka mulut.

View this post on Instagram

Habib dengan Affan, berbeza sangat karekter dorang. Lagi-lagi bab makanan . Habib kecik dulu susah makan, jenuh ayah dia nyanyikan lagu @didiandfriends sambil suap dia makan. Takpun sediakan pen & kertas bagi dia makan sambil dia melukis. Kena buat-buat plane nak masuk mulut lah, baru dia nak makan . Bila dia 3tahun lebih, baru dia nak makan. Rupanya, selera dia lebih kepada western food (ikut pak dia sebijik ?). Berbeza dengan Affan yang senang nak makan, tapi pilih nak makanan kampung (ikut ibu dia ?) . La ni dua-dua dah besar, dah tahu dorang nak makan apa. Selera dorang pun dah meningkat . Err. Yang number tiga nak keluar dahhhhh ? Harap senang lah dia nak makan. Aminnn! . Mommies ada tips ke bagi anak senang makan? Struggle kannn ? benda paling pening bab anak, adalah makan. Betul kann? ?

A post shared by Yuyu Zulaikha Eswan (@yuyuzulaikha) on

IKLAN

Anak sulungnya itu kini menginjak usia tiga tahun lebih. Dia sudah mula mahu makan tetapi seleranya lebih kepada makanan Barat (ikut ayahnya). Kata Yuyu lagi, anak keduanya tidak cerewet dan mudah disuruh makan, Affan lebih gemarkan makanan kampung (mengikut selera Yuyu).

IKLAN

Kini kedua-dua anaknya sudah semakin besar dan Yuyu sudah tahu apa selera mereka berdua. Tambahan pula, mereka sudah semakin berselera untuk makan. Sabil itu, Yuyu memberitahu kelahiran anak ketiga semakin dekat dan mendoakan agar anaknya yang ketiga nanti lebih mudah untuk diajak makan.

IKLAN

Mengakhiri postingnya itu, Yuyu juga sempat bertanya kepada pengikutnya di IG jika ada sebarang tip untuk memberi anak makan. Admin doakan Yuyu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga dia mudah melahirkan nanti.

Sumber: Laman Instagram YUYU ZULAIKHA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI