Orang kata mendidik anak biarlah ketika anak masih kecil kerana di ketika inilah anak mula belajar dalam segala hal. Penyanyi, Mila Jirin tidak terkecuali dalam mendidik anak lelakinya berkenaan solat.
Berkongsi satu video menerusi Instagramnya, didikan Mila Jirin pada anak tunggalnya itu dipuji oleh wargamaya.
Video yang dimuat naik Mila menunjukkan Mila mengajar anaknya mengambil wuduk itu menarik perhatian netizen. Mana tidaknya, aksi anak Mila, Mohd Arif Zikri cukup menarik perhatian. Bukan hanya mengambil wuduk bahkan Ariff lencun basah dek kerana bersungguh-sungguh mengambil wuduk.
Bagaimanapun, Arif Zikri berjaya mengikuti langkah demi langkah yang diminta ibunya ketika mengambil wuduk. Anak yang bijak!
“Habis lencun” kongsi Mila ringkas di kapsyennya.
Namun menerusi video yang dikongsikan Mila, banyak yang diajarkan Mila kepada anaknya bermula dari awal mengambil wuduk hinggalah selesai.
“Basuh tangan dulu, lepas tu kumur. Pandai.
” Basuh hidung, basuh muka dan baca bismillah,” katanya mengajar anaknya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya seronok melihat Arif Zikri yang menuruti segala arahan ibunya. Comel sekali.
“Comei..hihi biasalah budak ambil wudhuk confirm lencun habis”
“Dah lencun tu, mandi terus lah”
” Good boy”
Terdahulu, Mila mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Isz Mustapha pada November 2015 dan kini pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri.
Artikel menarik: Handsome Boy, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Kongsi Wajah Anak, Comelnya Isaac Raees/
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @mila_jirin
This post was last modified on March 8, 2021 5:51 pm
Selepas menerima suapan pertama, pada usianya kini enam bulan, anak pasangan pelakon, Fazura dan Fattah…
Hidangan bersahur atau berbuka tidak bangkit enaknya jika tanpa sambal yang pedas dan sedap. Bulan…
Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail…
Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa
Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang ibu ayah rasa rimas tapi
Rezeki untuk memiliki seorang anak lelaki tidak kesampaian bila mana pelakon, Faralyna Idris mengalami keguguran…