Pengalaman melahirkan anak setiap orang berbeza. Tak kisahlah bersalin normal atau czer. Dua-dua cara ini menunjukkan betapa besar pengorbanan wanita untuk memberikan zuriat.
Menerusi perkongsian dari instafamous, Hajar Hanif yang selamat melahirkan bayi lelakinya beberapa minggu lalu, dia berkongsi pengalamannya kena czer dan cukup kagum wanita yang telah berjaya melalui pengalaman tersebut.
Ramai suruh share experience. Hajar nak share more to menghargai suami & mak ayah korg. Nilah Bonda tercinta hajar. I mmg menangis bila bercerita ttg umi. Sepanjang i dkt ward, umi & husbandlah kekuatan i. Kena uji husband kena settle few things dkt mahkamah. So umi yg jaga. Azab sgt czer. First try jalan, perit sgt ya Allah.
Ads
Lepas czer, org lain kata lepas habis ubat bius baru rasa perit, but i, kena rengat semua on the spot. Even epidural tgh jalan, i takboleh tidur sbb berdenyut teruk and rasa contraction, pedih panas semua dkt luka. Badan i tak terima ubat tahan sakit mcm org lain yg bila kena confirm tk rasa apa. Even drip ubat tahan sakit n tidur pun tahan 3jam je.
Padahal ubat tu boleh tahan 6-8jam. Sgt seksa ya Allah. Masa mula berjalan, nak pergi toilet tu menangis. Nak kena ampu perut semua. And kencing, umi basuhkan. Time tu kalau terberak pun tak rasa. Dia lah basuhkan sbb i gigil gigil tahan sakit. Dia suruh i pegang palang and perut je. Ada hari yg i dah penat sgt ulang alik gi toilet, i pakai pad yg mcm pampers tu, dorg suruh kencing dkt katil situ je sbb tgh pagi buta nak bergerak gi toilet tgh ngantuk mmg tuhan je tahu.
Ads
I menitik air mata bila husband and umi cucikan kencing & darah i. Husband cuci darah dgn wet tissue. Muka dua-dua senyum je masa buat sbb i kata i segan dah mcm baby. I tknk kencing dkt pad, husband n umi paksa sbb tgk i tak larat sgt. Terima kasih ya Allah sbb anugerahkan aku seorang ibu & husband yg sgt penyayang.
Siapa yang mak ayah dah tua tak larat, berak semua tlglah basuhkan bila dorg tu dah tak larat. Harap sgt dpt jaga umi mcm umi jaga hajar. Nak cuci berak umi. Umi cuci hajar punya pun sentiasa senyum. Hajar ckp busuklah mi, biar kakak buat. Dia berkeras juga nak basuh. MasyaAllah kasih syg seorang ibu.
Next anak tlg doakan hajar boleh normal. Hajar phobia sgt ya Allah😢 tiap orang sakit lain lain. Lain badan lain rasa. Ada hajar baca few comments yg sgt bangga sbb dia czer tak sakit teruk. Patut bersyukur sgt. tengok muka anak, mmg kena gagahkan diri.
Sumber: ig Hajar Hanif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air selusuh diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Benarkah akar fatimah mempercepatkan proses kelahiran?
SELUSUH YANG MELIBATKAN HANYA AIR KOSONG DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN DOA, SEPATUTNYA TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN. ADA BEZA TU, DOA DAN JAMPI YANG BUKAN-BUKAN. JANGAN KELIRU!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.
Ia merbahaya kerana jumlah dos untuk menggalakkan kontraksi ini tidak dapat diketahui berbanding hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Ia juga tidak diberikan kepada si ibu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kehamilan & Kesihatan Wanita, tentang isu ini.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg menggunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menggalakkan penggunaannya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
IBU BERPUASA
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
AIR SELUSUH ‘PAKSA’ PINTU RAHIM
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya.
KONTRAKSI YANG KERAP KETIKA BERSALIN AKIBAT AIR SELUSUH INI KADANGKALA MENYEBABKAN PEREDARAN DARAH PADA BAYI TERGANGGU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN BAYI LEMAS SECARA TIDAK SEMENA-MENA.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
KONTRAKSI ‘TERPAKSA’, SAKITNYA BUKAN MAIN!
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN.
Semoga dengan penerangan dari Dr Izzat ini dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang sedang ‘menunggu hari’ tentang penggunaan air selusuh untuk melancarkan proses kelahiran. Elakkan meminumnya untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya apabila datang kontraksi atau sebarang tanda untuk melahirkan, segeralah ke hospital untuk pemerhatian doktor dan jururawat berpengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah sembelit dalam kalangan wanita adalah perkara biasa. Kurang pengambilan air dan makanan berserat menyebabkan seseorang wanita itu mengalami masalah usus. Selain pengambilan ubat, masalah sembelit boleh diatasi dengan cara semula jadi. Menurut pengguna laman Facebook, Suzy Honey, dia berkongsi petua lama untuk membantu mengatasi masalah sembelit.
Hanya memerlukan dua jenis sayuran ulam iaitu daun pegaga dan kucai yang dikisar bersama air dan ditapis sebelum diminum. Ambil beberapa hari sehingga rasa sakit berkurangan.
Kebiasaan saya suka jelajah keluar masuk kampung mencari mak bidan lama. Pengalaman berjumpa dengan seorang mak bidan lama yang di panggil Tok di Kampung Minda, Hulu Dungun yang berusia lebih kurang 80an dan diberikan petua olehnya tidak saya lupakan.
Tok ini memang sudah tidak mengurut orang lagi kerana sudah tidak larat di sebabkan usianya. Secara kebetulan saya membawa adik ipar untuk di urut, disebabkan kami datang dari jauh dan kebetulan Tok kenal keluarga suami saya maka dia sudi untuk menolong urut adik ipar saya. Itupun cuma di urut di bahagian perut sahaja.
Walaupun sudah berusia cara urut dan pegangan tangan Tok masih lagi berbisa. Sambil mengurut Tok memberitahu kepada kami kerana kebetulan adik ipar memang jenis sembelit dan ada masalah pada ususnya.
” Nanti ambik pegaga 1 genggam dan daun kucai 1 genggam. Air 1 cawan. Orang dulu tumbuk kesemua ini. Laa ni, blender ajelah. Kemudian tapis. Minum airnya beberapa hari hingga hilang rasa sakit. Ini cara nak bersihkan usus”
Kebiasaanya usus kotor boleh menyebabkan boleh jadi sembelit, kerap rasa lapar kerana ketidak seimbangan keadaan usus, mudah masuk angin , keletihan dan sering sakit kepala. Hingga kadang kala boleh menyebabkan sakit perut.
Berikut resepi yang Tok berikan :
1. 1 genggam pegaga segar dan kucai segar
2. Dibasuh dan di campurkan dengan 1 cawan air
3. Diblender dan ditapis airnya minum
4. Lakukan setiap hari hingga sembuh
Resepi ini juga sesuai untuk menjaga kesihatan usus.Menurut kajian yang dilaporkan oleh Journal of the National Cancer Institute pada tahun 2002 memang kandungan di pegaga dan daun kucai mengandungi sejenis bahan yang boleh mengelakkan terjadi cancer perut atau usus.
Rasa ramuan ini memang sedap. Jika ada kelapangan memang saya akan amalkan minuman ini.
SuzyHoney, Cegah sebelum parah dengan kaedah alami lebih baik.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sekiranya anda mengalami masalah sembelit. Memang seksa sembelit ni, duduk di tandas berjam-jam tapi tak boleh juga keluar. Kalau makin teruk, sampai luka. Bolehlah cuba petua ini, mana tahu berkesan dengan anda kan. Selamat mencuba!
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi. 😭 pic.twitter.com/7eVaKBohDX
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!