Satu hal yang kita selalu rasa malas hendak melakukan kerja-kerja mencuci pastinya waktu nak cuci kipas siling. Mana taknya, sudahlah tinggi dan susah hendak dicuci ditambah pula dengan habuk kotoran yang jatuh dan berterbangan.
Bukan saja cuci kipas bahkan siap pakej kena sapu dan mop lantai. Memang rumit dan banyak kerja. Rupanya teknik mudah ini boleh jimatkan tenaga.
Jom ikuti perkongsian tip Paparea dari Blog Mamapaparea. Memang mudah!
Hari ni Paparea nak kongsi sikit tips cuci kipas siling paling mudah tanpa habuk berselerak. Tips ni selalu la Paparea amalkan di rumah bila rasa angin dari kipas tu kurang.
Dah tahu la apa masalahnya, semestinya habuk banyak melekat di bilah kipas tu. Selalunya kalau masalah habuk di kipas ni kita mesti guna penyapu, bulu ayam, penyepit cuci cermin tingkap dan sebagainya.
Tapi semua cara ni buat kerja kita menjadi 2 kerja sedangkan kita boleh buat sekali saja yang menjimatkan masa dan tenaga. Mana taknya dah la cuci kipas, sambung lagi sapu habuk-habuk yang jatuh di lantai. Kan bertambah kerja kita.
Ni tips simple ja, mungkin korang pun tau kan. Cuma ada yang tak praktik tips ni sebab mungkin kedudukan kipas tu tinggi dengan masalah tangga tak ada.
Ada rumah yang silingnya tinggi seperti rumah teres kos rendah yang pattern lama dulu. Tips ini membolehkan habuk dari kipas tu tak jatuh beterbangan dapat dikurangkan.
Untuk cara mencuci kipas ni perlu la ada 2 jenis barang iaitu:
a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Sarung bantal (yang lama / tak guna).
Tips nak kembalikan kipas kita tu berangin kuat seperti baru, buang la habuk tu. Cara nak cucinya macam ni.
1. Sarung bantal tu perlu la dibasahkan dulu, perah airnya jadi lembap. Jangan ada lagi air meleleh dari sarung tu. Nanti lagi kotor lantai.
Menarik: Ramai Tak Tau Ada 6 Funcation Paling Happening Bawa Anak-Anak Hanya Dengan Satu Klik!
2. Masukkan sarung dalam bilah kipas tu. Lap la hingga tertanggal habuk tu. Tarik dan gosok kipas untuk keluarkan habuk. Habuk yang keluar dari bilah kipas tu akan jatuh terperangkap di dalam sarung bantal. Cuci sampai sedap mata korang.
Bila dah hilang habuk tu semua. Baru la terasa angin dia. Kipas lebih laju dan lantai pun tak kotor.
Jangan lupa pulak pada sarung bantal yang guna tadi tu. Buang habuk dalam sarung tu, basuh, keringkan dan simpan untuk kegunaan akan datang.
Kipas tu tahan la sebulan. Tu pun bergantung keadaan rumah. Kalau rumah korang terbuka (tingkap nako) memang kena rajin la cuci kadang-kadang sebulan skali.
Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI