Kehamilan

Hadiah Anniversary Ke-3. Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan Selepas 2 Kali Keguguran

Share

Diam-diam ada isi. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon, Sari Yanti mengumumkan dia kini sedang hamil 6 bulan. Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

My 6th pregnancy

Menerusi perkongsian Sari Yanti dia meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan rumah tangganya yang sudah pun memasuki tahun ketiga. Pada masa yang sama, dia turut memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Di akhir kapsyennya, Sari Yanti turut memberitahu bahawa dia sedang hamil 6 bulan. Tambahnya, zuriat kali ini merupakan cahaya matanya yang keenam selepas keguguran sebanyak dua kali.

Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan meluahkan perasaan tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru pasangan itu.

Sebelum ini perkahwinannya dengan Jep telah dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara yang akan memasuki usia 2 tahun bulan April nanti. Selain Dariya Sari Yanti dah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.

Alhamdulillah! Tahniah

Sumber: Sari Yanti & OB

Published by
Wan Amy