Melayari kehidupan berumahtangga selama enam tahun, kini Ustaz Don Daniyal dan isteri, Dr Husna Zahry bakal menimang cahaya mata ketiga mereka.
Pasangan yang cukup romantik ini mengumumkan bakal menerima kehadiran orang baru sempena ulang tahun keenam mereka pada 23 Ogos lalu.
Melalui luahan hati Dr Husna di instagramnya, sepanjang enam tahun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Banyak kenangan susah dan senang diharungi bersama Ustaz Don. Ibarat kata orang gelak dan menangis bersama-sama.
Dr Husna juga cukup berterima kasih kerana Ustaz Don banyak mengajarnya jadi isteri dan ibu yang baik dan setiap kelemahan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Bukan senang nak jadi senang, tapi jika sama-sama main peranan, hubungan yang terjalin ini akan kekal selamanya.
Ads
Alami Alahan Teruk
Sementara itu, Dr Husna juga turut berkongsi pengalamannya mengandung anak ketiga kali ini.
Walaupun trimester pertama agak perit namun semuanya dipermudahkan.
Ads
“Jika dua kehamilan sebelum ini dikira sangat mudah, kali ini ia benar-benar memberi pengalaman baru kerana mengalami alahan teruk.
“Sentiasa letih, muntah-muntah dan mood yang tak stabil memang sangat mencabar. Namun itu semua dilalui dengan semangat yang kuat,” katanya.
Ads
Tak lupa juga Dr Husna turut mengharapkan doa dari semua agar kandungan kali ini berjalan lancar.
Peminat Ucap Tahniah, Teka Mungkin Kali Ni Dapat Baby Girl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) adalah salah satu cara dan usaha untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata. Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin kini dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.
Berkongsi menerusi hantaran terbaru di Instagram, pemilik nama Siti Elizad Sharifuddin ini semalam memulakan proses suntikan IVF di rumah sendiri dibantu suaminya, Shamsul Baharin Rahman.
“Bismillahhirrahmanirrahim . Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ni check darah .
“Sambil tu doktor dan dan nurse ajar suami cara nak suntik dekat bahagian perut .
“Jadi hari ni hari pertama kami . Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri , doakan kami ya.
“Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu,” katanya.
Penyampai radio Sinar itu berkongsi perkara tersebut di akun Instagram miliknya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Demi mendapatkan zuriat sendiri, setiap pasangan akan mencuba pelbagai kaedah termasuklah rawatan kesuburan seperti In-Vitro Fertilisation atau IVF. Namun dalam usaha untuk melakukan rawatan tersebut, wanita khususnya perlu memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik.
Pelawak Achey memberitahu bahawa isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).
Justeru, kata Achey, isterinya kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
“Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
“Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” katanya portal hiburan Gempak.
Achey ditemui sewaktu pelancaran produk makanan ringan DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menurut Achey lagi, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.
Katanya, dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.
“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya.
Terdahulu, Achey memaklumkan bahawa mereka mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi IVF. Ia merupakan antara usaha menimang cahaya mata sendiri selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Semoga usaha Achey dan isteri untuk mendapat zuriat sendiri berhasil. Sama-sama kita doakan untuk mereka.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini?
Menurut Dr. Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing.
Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama seperti saat mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.
Perubahan hormon di kalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun, sebab sebenarnya tiada siapa yang tahu dengan pasti.
Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Perlu difahami bahawa rasa mengidam bukanlah bererti seseorang wanita itu mengada-ada. Buang anggapan sebegini.Ketahuilah, kehamilan menjadikan kebanyakan wanita mahu mendapatkan lebih perhatian daripada suaminya. Namun, ada juga yang “alah” pada suami sendiri. Contohnya, ada wanita yang tidak tahan dengan bau badan suami masing-masing.
Sementara itu, perlu anda tahu bahawa kebiasaannya rasa mengidam boleh timbul sejurus selepas wanita tadi tidak lagi didatangi haid kerana hamil. Tidak kurang juga yang hanya mengalami rasa mengidam hanya apabila usia kehamilan mencecah lapan atau sembilan bulan. Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya.
Menurut Dr. Norintan, kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Bagi anda yang mungkin mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh.
Ada juga segelintir wanita hamil yang mengidam ais ataupun air batu. Keadaan ini dikenali sebagai pica. Ia sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi.
Kebanyakan wanita hamil diketahui umum suka mengidam makanan-makanan tertentu. Namun, tidak kurang juga ada yang mengidam sumber bukan makanan. Contohnya seperti mengidam bau minyak tanah, petrol, bahan pewangi dan yang seumpama dengannya. Jika ini berlaku kepada diri anda, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan apa –apa jenis zat makanan.
Masalah mengidam sesuatu yang bukan daripada sumber makanan sememangnya amat sukar difahami. Sehingga kini, tidak ada penjelasan dari sudut sains untuk kes-kes sebegini. Apa-apa pun, sekiranya anda mengidam sesuatu yang membahayakan kesihatan diri dan kandungan seperti terlalu ingin menghisap cerut atau merokok, ia semestinya perlu dielakkan.
Dalam pada itu, ada cara lain untuk menangani keinginan memakan sesuatu yang tidak sihat. Ia dapat dilakukan dengan mengambil sarapan setiap hari. Hal ini kerana amalan tidak bersarapan boleh membuatkan rasa mengidam itu menjadi lebih teruk. Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk lebih kerap melakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil. Paling penting, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.
ELAKKAN MENGIDAM BAHAN BERBAHAYA
Mengidam ketika hamil mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan zat di dalam badan. Namun, kenyataan ini tidak berlandaskan kepada mana-mana kajian yang boleh menjelaskan masalah mengidam ini dengan sepenuhnya. Secara amnya, mengidam tidak membahayakan wanita hamil dan anak di dalam kandungannya. Namun, bagi anda yang mungkin mengidam bahan-bahan berbahaya seperti rokok, perlu berhenti daripada meneruskan keinginan tersebut.
Adalah penting untuk anda memahami bahawakepentingan amalan pemakanan yang baik. Ia perlu dititikberatkan bagi membolehkan anda mendapatkan cahaya mata yang sihat. Dalam pada itu, jika anda mengidamkan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu inginkan gula-gula sedangkan pada masa yang sama, anda sebenarnya sedang mengalami gestational diabetes ketika hamil, disarankan agar anda menahan diridaripada terlalu kerap mengambil gula-gula yang diidamkan.
Tindakan sebegini penting bagi membolehkan anda mengawal tahap glukosa dalam darah. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, tahap kencing manis pasti tidak dapat dikawal dengan baik, seterusnya boleh menyebabkan bayi menjadi besar(macrosomia). Paling membimbangkan keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi ketika melahirkan anak kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.