Hadiah Birthday Awal! Hamil Kali Ni, Scha Benci Handphone, Tak Boleh Tengok Awal

Share

Selepas kelahiran Lara Alana 6 tahun lalu, kini Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya bakal menimang ahli keluarga baru yang cukup dinanti-nantikan selama ini.

Berita gembira yang dikongsikan oleh Awal Ashaari itu telah dimuat naik di instagramnya, Scha dan Lara.

Menurut Awal, Scha kini hamil empat bulan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini kerana perjalanan untuk mendapat anak kedua cukup mencabar buat pasangan ini kerana pada Januari lalu Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali Endometriosis.

“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” kongsinya.

Awal juga menyatakan Scha minta maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Bukan itu saja, Awal juga berseloroh kadang-kadang Scha juga turut tak boleh lihat mukanya.

Sementara itu, menerusi instagram Lara Alana, dia tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan kerana yang penting dia ada kawan untuk bermain. Lara turut mengharapkan perjalanan kehamilan mommy dan adik dalam kandungan mommynya sihat.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, sebenarnya Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.

Menurut Scha ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.

“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.

“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.

Menurut Scha, disebabkan ketumbuhan itu menyukarkan dirinya untuk hamil.

“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi, katanya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada selebriti dan juga peminat.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Published by
Wan Amalia Mohd Daud