Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya untuk yang ke-34. Luah pelakon, Amar Baharin apabila isterinya aktres Amyra Rosli kini hamil anak kedua.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sempena sambutan hari lahir yang disambut secara sederhana bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 12 saat bersempena sambutan ulang tahunnya, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan Amyra hamil.
“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yg ke-34.
“…isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah ujian kehamilan,” tulis Amar menerusi kapsyen video berkenaan.
Jika menurut alat ujian kehamilan tersebut, pelakon drama Nur itu sedang hamil hampir empat minggu atau sebulan.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.
Semoga urusan kehamilan Amyra dipermudahkan dan berjalan lancar. Tak lama lagi Aqeef akan bertukar status menjadi abang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI