Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna Untuk Che’ Puan Khaleeda. TMJ Timang Anak Ketiga

Share

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che’ Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.

Menurut baginda, Che’ Puan Khaleeda dan bayi berada dalam keadaan sihat.Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Che’ Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.

Lebih menarik, Che Puan Khaleeda telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam dan pagi tadi menerima hadiah paling bermakna seorang putera.Keluarga baru kerabat Johor

Menerusi ruangan komen di Instagram TMJ, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas kelahiran putera keduanya pagi tadi. Mereka turut mendoakan agar keluarga diraja ini terus diberkati oleh Allah SWT.

Sumber : Bernama & Instagram Tunku Mahkota Johor

Published by
Wan Amy