“Hadiah I Tak Seberapa Untuk You.” Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-6? Wish Zaquan Jadi Perhatian

Share

Lama tak dengar khabar adik kepada Che Ta, Ayu Raudhah. Setelah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu lebih selesa memberi tumpuan pada anak-anak dan rumah tangga berbanding kerjaya seninya.

Kehidupan pasangan ini juga dilihat bahagia dengan dikelilingi lima anak yang comel dan apa yang menariknya sempena ulang tahun kelahiran Ayu Raudhah yang ke-37, Zaquan Adha menitipkan ucapan khas buat isteri tercinta.

Bagaimanapun, ucapan yang dilampirkan dengan video istimewa menerusi instagram miliknya itu mencuri tumpuan wargamaya apabila turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan ‘positif’.

“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.

“Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you. I love u till jannah sayangku (pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you),” tulis Zaquan di dalam video sama.

Meninjau ke ruangan komen, peminat mendoakan yang baik-baik dan tumpang gembira dengan keharmonian pasangan berkenaan.

Malah tak kurang yang bertanya sama ada Ayu kini sedang hamil anak keenam atau sebaliknya.

Jika benar Ayu hamil anak yang keenam, tahniah diucapkan dan moga ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan dipermudahkan semua urusan.

Kredit: IG zaqone_08

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy