Hadiah Ramadan Ainul. 1 Tahun 8 Bulan Tunggu, Ini Pertama Kali Dengar Suaranya

Share

Setiap kali ada perkembangan baru mengenai buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah, pasti walid atau mamanya akan berkongsi dengan orang ramai yang sebelum ini sentiasa ternanti-nantikan berita gembira.

Terbaru menerusi perkongsian di facebooknya walidnya, Ahmad Safiuddin, video yang menunjukkan Ainul mula mengeluarkan suara sendiri cukup buatkan mereka seisi keluarga sangat gembira dan bersyukur.

1 tahun 8 bulan baru pertama kali dengar suara Ainul

Pertama kali dengar sendiri suara Ainul di usianya 1 tahun 8 bulan antara nikmat yang paling indah buat walid dan mama.

“Setahun 8 bulan kami menanti dengar suara dari Ainul Mardhiah. Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya.

“Alhamdulillah, budak cerdik ni dah pandai tutup trachy sendiri dan keluarkan suara. Begini lah suara Ainul Mardhiah yang saya yakin anda semua tidak pernah dengar suaranya.

ARTIKEL BERKAITAN [Dah Mula Off Sekejap Oksigen Ainul. Wajahnya Pun Makin Cute Dengan Rambut Baru]

Suka dengar suaranya sendiri

Dalam posting di instagram Ahmad Safiuddin pula, memaparakn video yang berdurasi lebih lama sikit dengan keleteh Ainul yang pandai aim jari kecilnya itu menutup lubang trachy.

Ainul buat lagi keluarkan suara dia. Happy dia dapat dengar suara sendiri.

Dah pandai keluarkan suara. Clever girl!

Bukan walid dan mamanya saja gembira, Dr Amalina yang juga antara insan yang banyak membantu Ainul hingga sihat sekarang ini pun seronok melihat perkembangan Ainul yang makin cerdik dan banyak akal.

ARTIKEL BERKAITAN [“Sekarang Dah Boleh Borak Dengan Ainul.” Pandai Gelak Kena Sakat Dengan Walid & Mama]

Dr Amalina yang sentiasa mengikuti perkembangan itu meluahkan rasa teruja dan syukur melihat bayi yang dibantu untuk menerima rawatan tahun lalu sudah mampu mengeluarkan suara.

Melihat Ainul membesar dengan sihat, rakyat Malaysia terus menitipkan doa dan kata-kata semangat untuknya. Ramai yang harapkan Ainul dapat membesar menjadi anak yang hebat suatu hari nanti. Mana tahu di sebalik ujian besar yang dilaluinya sebelum ini dah ternanti rezeki besar pada masa akan datang.

Sumber : Dr Amalina & Ahmad Saffiuddin

Published by
Wan Amy