Penyanyi Lan Solo bersyukur, prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anaknya, Nur Amna Quxandra selamat dan berjalan lancar.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata prosedur yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi semalam.

Melalui instagramnya, Lan memanjat rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan dan dia juga turut memuat naik status yang mengambarkan dirinya seolah-olah lega dengan keadaan Quxandra

Hadiah Ramadan Bermakna Tahun Ini! Lan Dan Isteri Bersyukur Pembedahan Sumbing Anaknya Selesai

IKLAN

Assalamualaikum semua… Saya nak perkenalkan diri saya ni.. .Nama saya Nur Amna Quxandra.. Iye..Baby Xandra yang kiut miut sebelum ni tu..sekarang pun kiut miut lagi tau.

Sementara itu, isteri Lan, Nur Sheila Hassim turut berkongsi perasaan gembira sebagai ibu.

IKLAN

Arrival Of New-Baby Xandra. Alhamdulillah..semua berjalan lancar.Hampir 3 jam bertarung. Finally Xandra hadir dengan wajah baru.

“Terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan Xandra. Pembedahan berjalan dengan lancar dan tiada komplikasi berat.

IKLAN

“Sejuk hati dan tenang je tengok muka dia bila keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah Ramadhan terindah 2018,” kata Sheila.

Hadiah Ramadan Bermakna Tahun Ini! Lan Dan Isteri Bersyukur Pembedahan Sumbing Anaknya Selesai
Contoh prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas Quxandara.

Pembedahan ini juga dianggap pengalaman baru dan berharga untuk keluarga Lan dan isterinya dan berharap semuanya baik-baik sahaja selepas ini.

Sumber: instagram Lan Solo Official & Sheila Razlan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI