“Hadiah Sebab Selama Ni Jaga Saya Dan Anak-Anak”… Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Kereta Mewah

Share

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak Aeril Zafrel yang gemar mengusik isteri tersayangnya Wawa Zainal dengan pelbagai perkongsian video sweet mereka di laman Instagram.

Ramai peminat suka melihat gelagat pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan ini. Selain itu Aeril juga sangat suka menyakat anak-anaknya yang turut manja dengannya.

Pelakon drama Cinta Fatamorgana ini juga dikenali sebagai ahli perniagaan bersama Wawa. Mereka aktif menjalankan perniagaan baju melayu jenama 5 Waktu, contact lens dan pakaian wanita.

Terbaru Aeril memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya menunjukkan hadiah sebuah kereta mewah jenama terkenal berwarna hitam untuk isteri tersayang Wawa.

Dengan tulisan kapsyen tahap ‘sweet potong kaki’ ramai wanita di luar sana yang ‘mencemburui’ tuah Wawa. Sudahlah mendapat suami yang kacak dan lucu, pandai pula menghargai pengorbanan isteri.

Hadiah sebab selama ni jaga saya and tak pernah mengeluh jaga anak2 saya…???.

Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH…

Menerusi gambar yang dimuat naik, hadiah kereta itu sebagai tanda penghargaan dan ganjaran Aeril kepada Wawa kerana telah menjaga dia dan anak-anaknya Attar, 5 dan Hayla, 3 dengan baik tanpa sebarang keluhan.

Sebagai suami tak salah cara Aeril yang berkemampuan ingin menzahirkan rasa cinta dan terima kasihnya pada isteri selain sebagai salah satu caranya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan selama ini.

Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah

Rata-rata peminat pasangan selebriti ini mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke syurga.

Semoga cara ini dapat dicontohi oleh para suami lain untuk lebih menghargai pengorbanan isteri. Tak semestinya kena belikan hadiah yang mewah, cukuplah ikut kemampuan masing-masing.

Apa yang penting suami yang tahu menghargai isteri dan tak kedekut akan lebih dilimpahkan kemurahan rezeki lagi. InsyaAllah.

Sumber: Instagram aerilzafrel

Published by
Hasnita Sawal