Selepas memiliki tiga cahaya mata perempuan, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keempat tahun 2020.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, berkongsi berita gembira itu apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan hamil. Cuma usia kandungan Datin Almy Nadia tdiak dimaklumkan.
“Hadiah tahun baru. hehehe penutup 2019. Amin, rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada entri tersebut, aktor filem Munafik itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula.
“Harapnya tahun 2020, Allah makbulkan untuk dapat baby boy.
“Hero pulak kali ni, Insya-Allah.
“Tahniah! Semoga dapat baby boy,” tulis sebahagian netizen.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.
Sumber: ig Fizz Fairuz