Keibubapaan

Hadiahkan Isteri Sebidang Tanah Sebagai Hadiah Hari Lahir, Tanda Achey Hargai Pengorbanan Isteri!

Share

Isteri adalah orang yang paling penting dalam kejayaan seorang suami. Sebagai tanda menghargai jasa isteri, Achey meraikan isteri tersayangnya Anne dengan memberikan kejutan paling unik dan bermakna.

Achey baru-baru ini telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebidang tanah sebagai hadiah hari lahirnya. Video yang dimuat naik Achey di Instagram miliknya mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen terharu dengan kejutan yang dilakukan. Achey memang suami yang hebat dan penyayang.

Terdahulu, bersempena hari hari ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Achey turut mengadakan sebuah majlis sambutan yang istimewa buat Anne. Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan itu meriah walaupun ringkas tetapi penuh bermakna. Untungnya dapat suami seperti Achey.

Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan. Bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan.

Peminat Hadiahkan Pujian
Rata-rata peminat memuji pelawak dan penyanyi ini kerana begitu menyayangi isterinya. Suami terbaik. Inilah yang dicari oleh semua wanita. Jadikan Achey sebagai idola, pandai menjaga hati dan menghargai isteri.

Papa di luar sana pun kena usahakan sesuatu untuk hargai isteri, penat lelahnya menjaga anak-anak. Bukan mencari hadiah yang seumpama ini, sebaliknya ikutlah kemampuan papa.

Paling penting adalah menghargai jasa dan pengorbanan isteri dan ibu anak-anak kita. Sejuk hati isteri bila suami yang disayang nampak segala pengorbanannya membesarkan anak-anak.

Kredit: @acheykintangkintung

Published by
SRM