Senyuman yang terukir mencairkan siapa sahaja yang melihat. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor makin menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan. Semua mahukan Ainul cepat sembuh.
Ainul yang menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram yang memakan masa 5 jam Isnin lalu dikhabarkan menunjukkan kemajuan positif.
Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram, Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga dua hari selepas pembedahan.
Ainul juga memberikan respons baik semasa sesi ‘borak-borak’ dengan mamanya. Malah Nurul Erwani turut menyatakan hasrat untuk mengajar permata hatinya itu bertutur tak lama lagi.
Ads
Rabu, 12 Jun 19 London, 9:00 malam.
“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.
“Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse?. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya.”
❤️❤️❤️
Follower melahirkan keterujaan, gembira dan bersyukur atas perkembangan positif yang ditunjukkan Ainul. Ainul dihujani doa daripada warganet dan berharap Ainul pulih segera daripada pembedahan dan kanser yang dialami sembuh.
Tidak dinafikan, ibu bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak, merawat dan memastikan anak pulih daripada kesakitan. Tapi biarlah berpada-pada. Rawatan perubatan mesti didahulukan!
Doktor Ahmad Zakimi Abdullah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan ibu bapa yang menampal tuala wanita pada di dada anak diserang asma teruk. Kata mereka, kalau tampal semalaman tidak perlu rawatan nebulizer. Usaha tak masuk akal buat doctor tepuk dahi! Celiklah wahai ibu bapa!
Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7-8 tahun diserang asma teruk.
Tuala wanita tu ibunya punya, doc
Untuk apa pakai di dada? Pelik ni
Tuala wanita boleh rawat asma. Saya ada asma sebab tak pernah pakai.
Encik pakai tuala wanita tak sekarang? Ah ha Doc. Ikhtiar
Overclaim tepek semalaman tak perlu neb di klinik. Ini mengarut. Jangan main-main.
Bayi kembung perut sering kali terjadi. Bayi secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu? Ini adalah antara ciri bayi mengalami masalah kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik. Ketahui apa itu kolik, bagaimana ia terjadi dan cara mengatasinya.
APA ITU KOLIK?
Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut). Berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi.
Umumnya kolik terjadi pada bayi berusia lima bulan ke bawah. Kolik sering terjadi pada waktu malam. Reaksi bayi yang mengalami kolik ialah menangis tanpa henti, sukar ditenangkan walaupun sudah disusui dan didukung. Biasanya pada permulaan kolik, wajah akan kemerahan, mimik muka tampak menahan kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut. Kolik juga boleh menyebabkan bayi menangis berlarutan beberapa jam sepanjang malam dan sukar ditenangkan.
25 – 40% daripada bayi yang lahir setiap tahun mengalami kolik.
SIMPTOM
Secara purata, kebanyakan bayi yang bukan kolik menangis selama dua jam dalam sehari. Ikuti karakter dan kekerapan tangisan bayi kolik seperti berikut;
-Simptom bermula seawal usia bayi tiga minggu.
-Sekurang-kurangnya tiga jam dalam sehari.
-Tiga hari seminggu, selama tiga minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia tiga bulan.
TEORI KEMBUNG PERUT
Penyebab kembung perut atau kolik pada bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik.
Antaranya ialah sistem pencernaan yang belum sempurna, alahan terhadap protein susu formula, dikaitkan dengan terlalu banyak meminum susu formula dan pemakanan ibu menyusu.
PENCEGAHAN KOLIK
Cegah selagi boleh. Tidak ada cara yang tepat untuk mencegah kolik. Tidak salah untuk anda mencuba meminimumkan penyebabnya. Misalnya, periksa posisi mulut bayi adalah betul semasa menyusu dan sendawakan dia setelah selesai menyusu.
CARA REDAKAN KOLIK BAYI
Jika bayi anda didapati mengalami kolik, ada beberapa cara untuk meredakannya. Yang penting, mama papa jangan cepat putus asa! Jika gagal, cuba cara lain untuk membantu.
Dukung bayi dan sendawakan. Lakukannya dalam tempoh lima minit .
Baringkan ke bawah dan tepuk bahagian belakang. Lakukannya hingga lima minit.
Gosok dengan memberi tekanan dan tepuk ketika dia berada di atas katil. Lakukan selama lima minit.
Jika bayi mulai tidur, masukkan bayi dalam kain penggendong bayi (baby sling). Gosok dengan menekan dan menepuk pada bahagian belakangnya.
Cara lain yang boleh redakan bayi kembung perut
Balut bayi dengan kain
Membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya.
Cara ini membantu meluruskan anggota badan.
Ia mengelak gangguan tindak balas yang aktif daripada bayi.
Ia adalah bentuk tekanan yang menyerupai keadaan bayi semasa dalam kandungan ibu.
Dukung
Cara dukung yang selamat akan membuatkan bayi selesa. Alat bantu untuk mendukung bayi amat berguna untuk bayi baru lahir.
Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibu. Cara posisi dukungan akan memberikan tekanan yang akan melegakan bayi. Ia juga mengelak bayi daripada terlalu aktif.
Posisi ruang yang tetap semasa mendukung bayi membuatkan bayi selesa dengan penjaganya.
JALAN TERAKHIR
Apabila anda tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana bayi menangis secara berterusan dan, letakkan bayi di tempat tidurnya, lalu matikan lampu kamar. Dengan cara ini, anda dan bayi boleh berasa tenang. Yang penting, jangan panik. Segera dapatkan rawatan doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar kini hamil anak keempat dan bakal melahirkan pada penghujung Mei. Dia tidak mahu tahu jantina anak keempatnya kerana mahukan kejutan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.
Menurut dia dan suaminya, mereka belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun mereka tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Kongsinya lagi dia berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini berbanding kehamilan sebelum ini.
Menerusi satu video di tiktok, Dynas berkongsi video salam raya bersama suami dan anak lelakinya. Di ruangan komen, peminat memuji Dynas yang kelihatan berseri sepanjang kehamilannya. Ramai juga yang meneka jantina kandungannya. Dalam masa yang sama juga anak lelakinya mendapat pujian tingkahnya yang comel!
Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40 pada tahun 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3. Menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.