Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita kini sudah pun selesai tempoh 44 hari berpantangnya.
Melalui Instagramnya, Wany yang memilih untuk berpantang bersama Lavender Confinement Care, turut berkongsi pengalamannya yang dijaga dengan baik oleh pusat berpantang itu.
Akui Wany, sepanjang tempoh itu, dia dijaga dan dilayan bagaikan puteri bersama anaknya, Aisyah Al-Iman.
“Berpantang 44 hari dengan @lavenderconfinementcare, dijaga umpama puteri.
“Pendapat peribadi, saya rasa sangat worth it untuk kita invest untuk dijaga ketika berpantang. Lagi-lagi first time mom, banyak benda masih difasa adaptasi.
“Adanya Confinement Lady (CL) yang menjaga, sangat memudahkan banyak perkara,” kongsinya.
Bahkan Wany juga turut menitipkan nasihat kepada para suami agar memperuntukkan sedikit wang untuk memanjakan isteri dengan pakej berpantang.
Ia bukan sahaja teramat membantu isteri bahkan turut juga menyenangkan para suami.
“Nasihat saya untuk para suami, yang ada kekangan untuk menjaga isteri yang sedang berpantang, setidaknya hadiahkan lah pakej berpantang untuk isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan malaikat kecil anda berdua,” luahnya.
Dalam pada itu, idea dan pandangan Wany itu sudah semestinya disokong oleh ibu-ibu lain. Biar berbelanja lebih asalkan tubuh terjaga dengan baik.
View this post on Instagram
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI