Tiada apa yang mengujakan bagi seorang bapa selain daripada menyambut kelahiran cahaya mata. Pelawak dan pelakon Abam Bocey sambut kehadiran anak sulung yang merupakan seorang putera.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meraikan kebahagiaan dengan kelahiran putera sulungnya semalam. Berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan Abam melalui Instagram.
Anggota kumpulan Bocey ini menyatakan kesyukurannya dan menghargai doa para follower untuk keselamatan dan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!!
“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.”
Bapa 31 tahun ini juga turut menghargai semua petugas perubatan yang terlibat sepanjang proses kelahiran.
Ads
“Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaikkk.
Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Sarima pada 17 April lalu.
Syatilla atau lebih mesra dipnaggil Tilla menyatakan sebenarnya untuk kelahiran kedua ini dia memang hasrat untuk bersalin secara normal namun mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kali kedua kerana takut luka lama akan terkoyak.
Menerusi akaun Instagram (IG), Tilla mendedahkan Sarima berpotensi untuk lemas dalam perut akibat terbelit dengan tali pusat.
Tilla bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar dan selamat.
Masa Doktor Belah Perut Sarima Dah Terbelit Tali Pusat. Syatilla Syukur Kong
Di hujung kehamilan perut makin besar, lagi rasa ngilu
“Pendekkan cerita, bila last trimester sebelum beranak, perut makin besaq, parut czer lama start rasa nyilu bila bersin atau batuk. Tak sakit tapi nyilu.
“So aku ni dok start la imagine time nak teran anak nanti kalau beranak normal mampoih kalau luka lama terkoyak laguma. Takkan sakit atas bawah!
“So tilla decide untuk czer sebab takmau ambik risiko. Benda pertama tilla pesan kat doc fauziah, “doc apa jadi sekalipun, tolong kemaskan jahitan perut saya dan keputusan yang aku buat memang menyelamatkan nyawa baby!
Sarima Terbelit Tali Pusat Dua Kali
“Sebab time doc belah perut, sarima dah terbelit tali pusat dah (2 kali pusing).
“Allahuakbar. Berdebar tuhan je tahu. Baby boleh lemas weiii kalau lambat! Plus kali ni punya czer lain macam sikit, aku rasa pisau lalu ataih kulit weiii tapi tak sakit la, cuma terasa memang ada benda lalu dan ditoreh.
Terasa perut dipotong dan bau hangit kulit
“Doc potong gunting semua tilla rasa, cuma tak sakit! Siap ada bau hangit kulit lagi.
“Dan alhamdulillah allah permudahkan semua benda! Hari ke 2 dah boleh bangun bergerak macam biasa tanpa rasa sakit!!!
“Pengalaman czer lepas banyak mengajar sebenarnya! dan 1 ja nak pesan, beranak czer tidak seteruk yang di gembar gemburkan!
“Mind set kita nom.1! Kalau fikir sakit, sakit la jadinya.
“Tilla memang dari awal dah ready mental fizikal walau apapun jadi. Serah semua pada Allah ok,” tulisnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu-ibu mengalami masalah sakit belakang sama ada semasa hamil, selepas bersalin dan juga ketika dalam tempoh menyusukan si manja. Mungkinkah masalah sakit belakang ini berkait rapat dengan proses bersalin atau posisi penyusuan yang salah?
Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, ibu yang menghadapi masalah sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila ibu mula mendukung bayi mereka setiap hari.
APABILA BERAT ANAK BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.
Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!
TIDAK AMALKAN POSISI PENYUSUAN YANG BAIK
Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.
Contohnya, ibu terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk.
Ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.
TUNGGU 6 MINGGU UNTUK BERSENAM BAGI IBU YANG BERSALIN CAESAREAN
Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman.
Artikel berkaitan: [Menggigil, Kegatalan, Tekanan Darah Rendah & Sakit Kepala Kesan Sampingan Epidural. Ia Bukan Penyebab Sakit Belakang!]
WANITA BERLEBIHAN BERAT BADAN BERISIKO
Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan.
LANGKAH ATASI SAKIT BELAKANG
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:
*Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
*Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai.
*Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan (armrest) dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
*Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
*Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
*Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang.
*Biarkan orang lain mengangkat objek berat. Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.
LAKUKAN 4 TIP RUTIN SENAMAN
1.Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
2. Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.
3.Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibiliti.
4.Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
Dua kali anak positif COVID-19, instafamous dan juga seorang usawahan, Aisyah Hijanah reda dengan ujian yang melandanya. Beliau mengakui semua yang berlaku atas izin Allah mesti ada sebabnya.
Aisyah berkongsi perkhabaran tersebut di Instagram Story yang menunjukkan keadaan anak sulungnya, Khadeejah mengalami demam teruk diikuti dengan cirit-birit sejak diambil daripada rumah keluarganya.
Menurut Aisyah, Khadeejah ditinggalkan di bawah jagaan keluarganya kerana dia dan suami outstation atas urusan kerja.
“Tak nak bawak travel sebab takut dia berjangkit, letak kat rumah pula dia kena,” demikian luahnya dalam IG Story.
Menurutnya kebanyakan hospital penuh kerana ramai jumlah kanak-kanak yang sakit dan perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Justeru, ibu muda ini hanya memantau dan menjaga Khadeejah di rumah sahaja.
Selepas memantau suhu badan dan tahap oksigen Khadeejah menggunakan termometer dan oksimeter, Aisyah bersyukur penat lelah & tak tidur malamnya berbaloi kerana demam anaknya semakin menurun dan cirit-birit turut berkurangan tetapi perlu dipantau.
Dalam masa yang sama, Aisyah mengakui otaknya sentiasa ligat berfikir macam-macma benda berkaitan perniagaan dan pelbagai aktiviti yang dirancangnya namun dalam masa yang sama dia diduga sekali lagi apabila anak disahkan positif.
Aisyah juga mengakui keadaan kesihatannya juga kadangkala turun naik kerana perlu menjaga diri sendiri dan ahli keluarga di rumah. Katanya ibu-ibu kebanyakan merasakan dia mampu uruskan semua benda dalam satu masa.
Dia bersyukur kerana masih mampu menjaga anak yang sakit sendiri di rumah dan bersyukur ada gajet yang mampu membantu memantau tahap kesihatan anak dan sentiasa update kepada doktor.
Aisyah berdoa agar Khadeejah segera sembuh dan selepas ini dia bercadang untuk sentiasa membawa anaknya bersama sepanjang masa walaupun untuk travel tetapi hanya lokasi berdekatan sahaja.
Untuk rekod, baby Khadeejah pernah dijangkiti virus COVID-19 pada awal Oktober 2021.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.