Tiada apa yang mengujakan bagi seorang bapa selain daripada menyambut kelahiran cahaya mata. Pelawak dan pelakon Abam Bocey sambut kehadiran anak sulung yang merupakan seorang putera.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meraikan kebahagiaan dengan kelahiran putera sulungnya semalam. Berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan Abam melalui Instagram.
Anggota kumpulan Bocey ini menyatakan kesyukurannya dan menghargai doa para follower untuk keselamatan dan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.
Bapa 31 tahun ini juga turut menghargai semua petugas perubatan yang terlibat sepanjang proses kelahiran.
Sebelum itu, Abam berkongsi fotonya di pintu masuk Dewan Bersalin dengan kapsyen yang menyatakan debarannya.
Menerusi IG story Abam juga menyuarakan kebimbangan tentang isteri, Nurhidayah Mohd Ali yang sedang berjuang melahirkan anak sulung mereka.
Ruangan komen Instagram Abam dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.
Sumber: abam_bocik
Artikel berkaitan: Abam Bocik Tak Nak Tahu Jantina Bayi. Berdebar Tunggu Kelahiran Dalam Masa Terdekat