Tak salah kita kongsikan gambar anak di media sosial, cuma haruslah kena pada caranya. Jangan main sebarangan kongsikan semua gambar anak, semata-mata untuk simpanan mereka apabila besar kelak.
Mak ayah kenalah tapis dan nilaikan dahulu. Bukan apa, takut anak kita jadi mangsa insan-insan yang sakit dan tidak bertanggungjawab ini.
Individu yang terlibat menjadi penjenayah ini sangat lah licik, jika tidak bagaimana polis boleh tangkap mereka dengan mempunyai simpan berjuta juta gambar kanak-kanak sebagai simpanan untuk melempias nafsu seksual mereka.
Individu ini pelik dan tidak normal. Kerana mereka mempunyai pandangan dan nafsu seksual yang sangat tinggi kepada kanak kanak. Gila bukan!
Boleh jadi penjenayah Pedofilia ini ada disekeliling kita sahaja.
6 langkah elak anak anak kita menjadi mangsa atau menjadi buruan penjenayah Pedofilia ini.
Ads
1. Biasakan dari kecil berpakaian menutup. Bukan suruh pakai jubah atau bertudung.
Memadai berseluar panjang dan berbaju menutup badan. Elak pakaikan anak2 skirt tutu, baju singlet, kita didik dari kecil dan sediakan pakaian yang sempurna dan melindungi mereka.
2. Elak upload gambar anak2 dalam keadaan tidak berbaju, sedang mandi tidur terkangkang. Ya, comel dimata kita , simpan kecomelan anak kita untuk kita lebih baik.
3. Ajar anak supaya tidak duduk atas riba , berpangku atas sesiapa pun terutama lelaki yang tidak dikenali atau jarang jumpa.
Ads
4. Elak buat status di media sosial, kesian anak ibu kene tinggal seorang’ atau update ‘ aduhai kene balik lambat, kesian ibu anak tunggu’.
haaa.. Itu undang bahaya sendiri, takperlu update anak duduk sorang atau ketiadaan ibuayah dirumah. Elak update selalu outstation tinggal anak dirumah dengan pengasuh.
Ads
5. Elak dedahkan lokasi rumah, lokasi taska, lokasi sekolah. Atau lokasi tempat yang selalu anak2 hadiri, menjadi rutin. Ada mata yang memerhati anak kita.
6. Ajar anak2 lelaki mahupun perempuan, tunjuk dengan terma yang betul bahagian tubuh badan yang orang lain TIDAK BOLEH pegang,sentuh tengok, mahupun ambil gambar. Tunjuk bagaiman sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
Oh ya, jika anak kita menunjukkan tanda tidak suka kepada seorang dewasa. Ibu ayah selidik lah. Barangkali sesuatu telah terjadi!
Kredit: Shahirah Shabandi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seringkali gula menjadi satu- satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak- anak aktif dan sukar di kawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan kesan buruk kepada kelakuan anak- anak syurga kita.
Mungkin sebelum ini ibu tahu tapi kurang diberi penekanan. Kadang kala disebabkan campuran beberapa kandungan ini dalam pemakanan anak, ibu seolah-olah pejam mata kerana ia antara salah satu makanan kesukaan anak-anak.
Berikut antara yang perlu ibu bapa ambil tahu:
Produk tenusu
Bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.
Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.
Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.
Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.
Bahan perasa
Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.
Jadi pastikan setiap makanan yang dimakan oleh anak tidak mengandungi 5 item di atas dengan kerap. Kurangkan atau tidak diberi lansung lagi bagus. Bertukarlah kepada snek sihat dan kalau boleh biarlah homemade oleh ibu tersayang.
Selepas selamat bersalin, ibu boleh dapat car seat percuma? Wow seronoknya, siapa yang tak mahu. Ini memang hadiah yang tak disangka-sangka selepas dikurniakan cahaya mata. Menyedari pentingnya penggunaan car seat kepada bayi, Rampai Puteri Medical Centre melancarkan kempen Buckle Up, Baby dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)! Pusat perubatan ini mewujudkan polisi mandatori penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) kepada bayi yang dilahirkan di pusat perubatan berkenaan semasa dicaj.
CAR SEAT PERCUMA
Bagi bulan November, Rampai Puteri Medical Centre memberikan car seat percuma kepada semua pesakit yang bersalin menggunakan pakej yang ditawarkan bagi memastikan keselamatan bayi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Selepas tempoh itu, program peminjaman car seat juga boleh dilakukan kepada bayi. Bagi ibu bapa yang ingin membeli car seat, potongan harga istimewa akan disediakan.
Apabila lahirnya si manja, keselamatan mereka menjadi tanggungjawab mama dan papa. Kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah penyebab yang kesembilan utama kematian di seluruh dunia, yang mana ia bertanggungjawab ke atas lebih daripada 1.25 juta kematian setiap tahun.
HAK KANAK-KANAK
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kecederaan lalu lintas jalan raya adalah pembunuh utama kanak-kanak dalam dekad kedua kehidupan mereka dan majoriti (95%) kematian kanak-kanak di jalan raya adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, melindungi kanak-kanak di jalan raya adalah keutamaan semua selaras dengan Konvensyen PBB mengenai Hak Anak-Anak (UN Convention on the Rights of the Child).
Menurut kajian MIROS, kanak-kanak yang dibawa dalam kenderaan persendirian adalah kumpulan yang pertama dan kedua tertinggi tercedera iaitu kanak-kanak di bawah kumpulan umur 1-4 tahun, adalah sebanyak 43.8% daripada jumlah mangsa kanak-kanak dan berumur 5-9 tahun sebanyak 30.2%.
Kajian tahunan juga mendapati penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) adalah kurang daripada 20% di Malaysia.
Satu lagi kajian luar mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak dipakaikan car seat atau tali pinggang keledar mempunyai risiko kecederaan maut sebanyak 3 hingga 5 kali ganda berbanding mereka yang dilindungi dengan CRS. Oleh yang demikian, car seat telah terbukti berkesan untuk melindungi kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya di mana dianggarkan bahawa penggunaan CRS yang betul boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 71%.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila ditanyakan kepada ibu ayah, rata-rata akan bersetuju yang anak kedua ni lain macam sikit auranya. Yang paling sensitif, paling suka kacau orang, paling banyak akal, paling suka buat kita naik angin memang dia lah! Tapi, sebenarnya tanpa anak kedua ni kita akan jadi sunyi. Tak perlu lama, bila dia tidur pun kita dah rasa lain kan?
Anak kedua sememangnya mempunyai satu karakter yang membuatkan dirinya mudah didekati. Dia mudah menjadi teman kepada adik-beradiknya yang lain. Boleh dikatakan, anak kedua ni selalu menjadi orang tengah sekiranya ada konflik antara abang atau kakak dengan adik-adiknya.
Anak kedua lebih suka berdikari dan suka mencuba perkara baharu. Patutlah kadang-kadang tu, bila kita tinggalkan anak-anak bermain ada je ‘benda pelik’ yang mereka buat. Biasanya, idea akan datang dari anak kedua. Mereka lebih mudah memahami dan suka menjadi penyelesai masalah.
Salah satu aksi comel anak kedua boleh dilihat melalui perkongsian selebriti cantik, Hanis Zalikha. Di laman Instagramnya, Hanis berkongsi sebuah video pendek anak keduanya, Alisa Aisyah yang bermain dengan lampu.
Dapat dilihat dalam video tersebut mimik mukanya yang comel sewaktu mengusik lampu di dinding. Biarpun ditegur oleh Hanis, Alisa tetap melakukannya sambil memandang abangnya, Yusuf. Hanis turut menulis kapsyen “Tak pernah tak geram laaaaa @thealisaaisyah 🤣” pada perkongsian videonya itu.
Ini komen aunty-aunty yang geram tengok gelagat Alisa;
Geram tengok muka dia tu. Memang nampak sangat banyak akal. Abang pun setia jadi tukang perhati. Sweet sungguh anak-anak Hanis dan Hairul ni kan? Sehingga kini, jumlah tontonan untuk video tersebut sudah mencecah hampir 900,000!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.