Masalah cacing berlaku pada semua peringkat umur, tidak kira muda atau tua. Walau bagaimanapun, tahap umur yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun. Bayi bawah setahun pula paling kurang dijangkiti.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat umur. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas umur setahun kerana kanak-kanak selepas daripada tahap umur ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan. Dalam kes yang lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Si comel Humaira, anak kepada Hafidz Roshdi pernah mengalami masalah kecacingan ketika dirinya masih bayi. Menurut isteri Hafidz iaitu Shuhada, mereka perasan Humairah mula kurang selera makan dan asyik merengek serta pernah mengalami cirit- birit.

IKLAN

“Kami bawa Humaira ke doktor perubatan untuk pastikan apakah masalah yang sebabkan Humaira jadi begitu. Ternyata benar. Doktor sahkan Humaira mengalami masalah kecacingan. Doktor ada berikan ubat cacing tetapi kakak saya, yang juga seorang doktor maklumkan, ubat cacing tak elok diambil oleh bayi yang berumur bawah daripada setahun. Sebab ia terlalu kuat dan boleh kacau kacau perkembangan otak.

Hafidz Roshdi Dan Isteri, Nurul Shuhada Guna Ketum Atasi Masalah Kecacingan HumairahAtas nasihat kakak, kami elakkan daripada memberi Humaira ubat cacing yang dibekalkan. Sebaliknya, saya dan Hafidz berikhtiar cara tradisional. Kebetulan, ibu saya memang mahir dalam pelbagai petua tradisional.

Ibu saya hanya gunakan sehelai daun ketum yang dilayurkan di atas api. Dalam keadaan daun yang suam-suam itu, ia ditekap pada perut Humaira. Kami buat sekali sahaja dan Humairah kembali normal dan aktif seperti biasa. Malah lebih cergas daripada sebelumnya.”

IKLAN

 

Hafidz Roshdi Dan Isteri, Nurul Shuhada Guna Ketum Atasi Masalah Kecacingan HumairahInfo kecacingan

IKLAN

Kecacingan adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berpindah ke paru-paru sehingga matang sebelum berpindah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan. Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Ada sesetengah ibu bapa beranggapan masalah kecacingan adalah kecil. Ketahuilah bahawa tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, masalah ini boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera. Selain daripada itu, masalah kecacingan juga boleh menyebabkan masalah anemia yang serius dan kegagalan jantung jika tidak dirawat daripada awal.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI