
Setelah lapan bulan bergelar ayah, penyanyi Hafiz Suip akui kehadiran anak lelaki dalam rumah tangga yang dibina bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah benar-benar mengetuk pintu hatinya.
Menurutnya, Muhammad Riyadh Zafri banyak membuatkan dirinya insaf dan kini dia sedang dalam fasa baharu untuk mendekati ilmu agama.

“Bagi saya dalam hidup ini perlu ada keseimbangan. Jika terlalu berhibur pun tak boleh juga.
“Jadi sudah sampai masanya untuk saya berikan tumpuan mendalami ilmu agama tambahan sekarang saya sudah jadi seorang bapa.
“Anaklah yang telah mengetuk pintu hati saya untuk segera berubah,” jelasnya.

Sebagai usaha titik permulaan berhijrah, pelantun lagu Hari Ini Dalam Sejarah mengambil pendekatan menghadiri kelas agama dan berjumpa dengan beberapa rakan artis yang sudah berhijrah.
“Alhamdulillah, bab ilmu agama sedikit sebanyak untuk diri sendiri insyaALLAH, begitu pun, saya perlu mendalami banyak lagi ilmu agama kerana saya sudah ada keluarga untuk dipimpin.

“Kini rutin baharu saya, pergi ke kelas belajar semula tentang asas-asas agama, mengaji al-Quran dan berjumpa dengan ustaz yang sudah saya anggap seperti keluarga sendiri.
“Saya juga pernah berjumpa dengan rakan-rakan artis seperti Shamsul Ghau Ghau, Hairi Othman dan ramai lagi untuk meminta nasihat mereka,” terangnya.
Hafiz Shuip berkahwin pada 14 Mei 2016 dan menimang cahaya mata pada Disember tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian & Ig Hafiz Shuip
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Checklist Barang Baby Masa Hamil Hingga Si Manja Setahun! Mama, Jom Semak!

Apabila bercakap mengenai checklist barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung.

Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat.
Ingin tahu apakah senarai barang keperluan bayi yang patut dibeli? Dalam artikel ini ada jawapannya!
Checklist barang baby: Semasa ibu hamil hingga kepulangan si manja di rumah
Segala yang disenaraikan di bawah adalah barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Berikut antara barangan penting untuk mereka yang bakal bergelar ibu:
- Vitamin pranatal
- Bra dengan sokongan tambahan
- Pakaian sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan pada pinggang
- Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan
- Tali pinggang sokongan perut
- Bantal tambahan untuk sokongan
Persediaan ke hospital
Ketika sibuk membuat checklist barang baby, jangan sampai terlupa melakukan persediaan dan persiapan barangan ke hospital untuk melahirkan bayi nanti.
Untuk ibu
- Selipar
- 2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan. Ingat! Payudara anda akan lebih besar daripada biasa
- Pelapik payudara
- Stoking – dalam beberapa pasang
- Seluar dalam – dalam beberapa pasang
- Peralatan mandian – berus gigi, ubat gigi, penyikat rambut, pelembap bibir, losen dan deodoran
- Pakaian selesa dan longgar untuk dipakai pulang ke rumah
- Tuala mandi
- 3-4 keping tuala wanita atau bersalin
Checklist barang baby
Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah – sediakan beberapa saiz berbeza 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
- Selimut
- Beg lampin, termasuk beberapa keping lampin, kain lap dan puting bayi
- Stoking bayi
- Car seat bayi
Senarai barang keperluan bayi untuk taska & rumah
- Tikar permainan. Bayi baru lahir akan mendapat manfaat apabila mereka boleh melakukan tummy time setiap hari. Anda cuma perlu sediakan tikar permainan yang nipis dan lembut di atas lantai untuk memberikan bayi ruang menikmati beberapa minit tummy time, beberapa kali sehari
- Pelapik tilam
- Tab mandian bayi
- Detergen dobi untuk bayi, terutamanya jika mereka mempunyai kulit sensitif
- Penyedut hidung
- Ubat melegakan demam dan kesakitan untuk bayi
- Mesin yang mengeluarkan muzik lembut. Ia dapat membantu menenangkan bayi yang baru lahir dan dipercayai membantu mereka tidur lebih lena
- Tempat penyimpanan pakaian. Anda boleh menyediakan almari pakaian atau pun hanya menggunakan bakul untuk menyediakan pakaian si manja
Checklist barang baby: 0-12 bulan
Berikut pula adalah senarai barangan keperluan si manja untuk tahun pertama kehidupannya. Jom kita tengok apa yang perlu dibeli.
Senarai semak keperluan bayi 0-3 bulan
Anda disarankan untuk membeli barangan keperluan bayi usia 0-3 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
- 2+ – hooded towel
- 4+ – kain lap bayi yang lembut
- Sabun bayi yang lembut atau sesuai untuk kulit sensitif
- Syampu bayi
- Penyepit kuku bayi, kerana penyepit kuku anda terlalu besar untuk mereka
- Berus penyikat rambut lembut
- 2 – pek lampin bayi pakai buang atau 24 helai kain lampin bayi
- Pin – jika anda menggunakan kain lampin
- Tisu basah
- Salap untuk ruam lampin dan bedak
- 2+ – puting bayi
- 6+ – romper
- 6+ – pasang stoking tangan dan kaki
- Beberapa pasang set baju dan seluar
- Baju sejuk
- Topi bayi
- Buaian bayi atau baby rocker
Checklist barang baby ketika berusia 4-6 bulan
Sesetengah barangan yang dibeli semasa bayi berusia 0-3 bulan masih boleh dipakai, seperti selimut dan tidak perlu diganti lain. Tetapi ada beberapa keperluan lain perlu ditambah, seperti beberapa pakaian baharu.
- Salap tumbuh gigi
- Gegelang gigit (teething ring)
- Sudu dan mangkuk untuk makanan pejal lembut
- Kerusi makan bayi
- Barang mainan – Rangsangan sentuhan adalah penting pada usia ini, dan setiap sentuhan membawa sensasi baharu. Cuba mainan dengan tekstur, bentuk dan warna yang berbeza. Rattles juga bagus pada peringkat ini, kerana si manja mungkin mula mengaitkan tindakan seperti menggoncang mainan, dengan maklum balas bunyi segera
Checklist barang baby untuk usia 7-12 bulan
Bayi anda jauh lebih interaktif sekarang, dan mungkin tidak lama lagi akan merangkak. Jadi berikut antara barangan yang perlu disediakan:
- Pintu pagar untuk menyekat tangga dan bilik
- Pengadang plastik dan/atau kusyen untuk bucu perabot
- Bekas kecil untuk finger food apabila bayi mula ingin menyuap makanan sendiri
- Sippy cup
- Barang mainan – Board book dan busy board bagus untuk melibatkan koordinasi tangan-mata si manja. Soft toys, bongkah kayu dan squishy ball juga menyeronokkan buat mereka. Apabila semua itu jadi membosankan buat si manja, peralatan dapur seperti bekas makanan kosong turut akan menjadi pilihan mereka
Ketika menyediakan senarai barang keperluan bayi, ia pastinya sesuatu yang menggembirakan buat anda yang bakal bergelar ibu bapa, terutamanya jika ini adalah cahaya mata pertama kalian. Tetapi sebaiknya elakkan pembaziran dan belilah barangan yang perlu sahaja.
Kredit: Hello Doktor

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih Awal Ajar Anak Bahasa Inggeris, Lebih Mudah Untuk Dia Kuasai Bahasa

Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa.
Selain itu, pakar neurologi Dr.Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itulah mereka lebih mudah belajar bahasa asing.

USIA ENAM TAHUN ADALAH MASA EMAS ATAU PALING IDEAL UNTUK MENGAJAR BAHASA ASING SELAIN BAHASA IBUNDA. KETIKA USIA INI OTAK MEREKA SANGAT MUDAH UNTUK MENERIMA SEHINGGA PROSES PENYERAPAN BAHASA MAMPU BERLANGSUNG DENGAN SANGAT LANCAR. TAMBAHAN PULA DAYA PENYERAPAN BAHASA MEREKA BERFUNGSI SECARA AUTOMATIK.
Pendedahan Awal
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
Kejayaan
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa daripada Amerika Syarikat . Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 orang kanak-kanak berusia daripada 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah Amerika Syarikat. Kajian mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.
Jaminan
Sejak melangkah masuk ke pra-sekolah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi, kita memang diajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa di dalam pertuturan harian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini memang diguna pakai dalam proses pengajian dan pembelajaran.
Tetapi kanak-kanak yang belajar dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.
Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu ayah perlu bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Anda kenalah mempertimbangkan kemampuan anak-anak.
Untuk memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut mestilah digunakan dalam pergaulan atau komunikasi seharian. Dalam soal ini papa mama yang kena mainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan anak-anak menguasai bahasa asing kerana segala-galanya bermula dari rumah.
5 tip ajar anak fasih bahasa Inggeris di peringkat awal:
1. Berikan anak-anak pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2. Anak-anak perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.
3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.
4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.
5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.
Semoga usaha tersebut mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Selamat menjadi cikgu ibu dan ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Perlu Paksa Anak Makan Ubat Tapi Ikut Je 8 Tip Dari Doktor Ni, Pasti Membantu!
Setiap kali anak demam, satu hal yang menjadi kerisauan bagi mak dan ayah pastinya hendak memberi anak makan ubat. Jika anak senang untuk makan ubat, ibu bapa pastinya lega.
Tapi macam mana pula halnya dengan anak yang susah untuk makan ubat? Malah menolak mentah-mentah. Adakalanya sampai keliling satu rumah dan menangis meronta-ronta. Payah dibuatnya.

Tak perlulah terlalu memaksa, sebaliknya ikut saranan dan tip daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai hal ini. Pasti membantu mak ayah.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekeliling rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.


2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.

6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


