Haid yang sepatutnya datang setiap bulan sudah lama tidak datang. Bila ujian kehamilan negatif. Risaunya mama, apa yang sedang berlaku, adakah ia satu penyakit?

Kebimbangan tentu singgah di minda para ibu apabila saat-saat ‘itu’ tidak kunjung tiba. Apatah lagi jika anda sedang menunggu-nunggu kehadiran cahaya mata. Masalah haid sebegini boleh menyebabkan keresahan. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah yang dicadangkan.

Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh. 7 Puncanya Perlu Diambil Serius!

Tiada period dah lama, tapi check urine pregnancy test (UPT) keputusannya negatif. Kenapa ye?

Period yang tidak datang atau dipanggil Amenorrhea adalah satu simptom akibat pelbagai jenis masalah kesihatan.

Secara umum ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;

1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tidak pernah datang period)

IKLAN

2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)

Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh. 7 Puncanya Perlu Diambil Serius!

PRIMARY AMENORRHEA

Primary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period. Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.

Yang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period tiada.

IKLAN

Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.

Selain itu, masalah perubatan lain seperti;

  • Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)
  • Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumoR
  • Premature ovarian failure
  • Asherman’s Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran). juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.

Selain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti

IKLAN
  • Emosional atau fizikal stress yang melampau
  • Berat badan yang turun mendadak
  • Sedang mengalami penyakit yang teruk

Amenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.

Haid Tak Datang Tapi Tak Hamil Boleh Buat Tulang Rapuh. 7 Puncanya Perlu Diambil Serius!

 

KESAN JIKA HAID TIDAK DATANG BERPANJANGAN

Seorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.

Jadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI