Selepas berkahwin, barulah kita semua sedar ada macam-macam masalah yang membuatkan kita sukar hamil. Sebelum ini rata-rata wanita kurang ambil berat dan tak pernah ambil kisah pun bila haid tak teratur atau tak datang dalam tempoh yang lama.

Sebenarnya semua ini penting dan masalah period atau haid tidak teratur adalah masalah asas yang memberi kesan untuk hamil. Penjelasan doktor ini, Dr Farhanah, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic boleh dijadikan panduan untuk bakal ibu. Kena tahu ni!


PERIOD SAYA TAK TERATUR!

Ramai sangat yang datang klinik sebab masalah period ni.
Sampaikan kadang tu skrip yang sama kena ulangsuara banyak kali, semua masalah period tak teratur.

Dr, period saya lewat tapi UPT negative.

Dr, period saya dah 3 bulan tak datang.

Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas.

Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung.

Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant. Banyak lagi kes, tapi ni sebahagian saja.

Cuba teka, apa persamaan semua wanita ni?😳

Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% #overweight. Dan mostly ada symptoms #PCOS Polycystic ovarian syndrome.

KETAHUI 7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS


1. Hormon #lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah saya jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita tapi ada janggut.

2. Disebabkan hormon tak seimbang, #period pun jadi #celaru, ting tong.

3. Masalah #ketidaksuburan sangat common. Susah mengandung.

4. Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak #keguguran😭

5. Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau #obese.

6. Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat #kencingmanis. Ada yang datang klinik masalah period, bila kita cek gula terus dapat detect kencing manis.

7. Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi #kanser rahim. Takut kan?


PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!

1. TURUNKAN #BERAT BADAN.
Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula

2. UBAH GAYA #PEMAKANAN
Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.

3. #SENAMAN
Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.

4. #PEMERIKSAAN DOKTOR
Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.

5. RAWATAN #KESUBURAN
Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.

Kredit: Dr Hana

Tinggalkan Komen