Pelakon Hairul Azreen, 28, tidak kisah dikecam, sebaliknya mengakui berbangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.
Hairul berkata, sebagai bapa, dia begitu menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha yang sering mengingatkan aktiviti bersesuaian untuk dilakukan anak kecil.
“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.
Mommy @haniszalikha dia kemas sendiri , daddy tak suruh pun ? that’s my boy???
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
Biarpun tidak mempunyai banyak pengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya, Hairul berpuas hati apabila permata hatinya itu membesar menjadi anak yang lasak.
Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.
“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Cara Ini Untuk Elak Mama Papa Jadi Singa Bila Anak Mengamuk, Tak Perlu Pukul & Cubit
Bila anak mengamuk, mama papa boleh jadi singa. Sebenarnya ia boleh dielak, ada 7 tip ini boleh diguna, yang penting ia bukan pukul dan cubit. Bab taktik psikologi ini semua ibu ayah perlu terror!
Kita sering lihat kanak-kanak kecil menjerit dan menangis sambil menghentak-hentakkan kaki jika tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Jika dipujuk dan dijanjikan untuk memenuhi keinginan mereka, maka berhentilah mereka daripada membuat perangai.
Namun, kejadian anak membuat perangai atau tantrum pasti akan berulang. Adakah betul cara si ibu tersebut menangani tantrum anak? Ketahui tips yang betul tentang bagaimana untuk bertindak jika anak menunjukkan tantrum. Cara ini boleh digunakan tidak kiralah di manapun anak anda menunjukkan tantrum; baik di rumah mahupun di tempat awam.
7 PERKARA INI ELAKKAN TANTRUM
Jika boleh, cuba untuk mengelakkan tantrum. Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan tantrum daripada berlaku:
- Kurangkan tekanan. Kanak-kanak yang penat, lapar dan terlebih rangsangan lebih mudah untuk menunjukkan tantrum
- Berikan perhatian yang positif. Jika anak anda menunjukkan perilaku yang baik, berikan pujian dan perhatian kepada kelakuan positif
- Fahami perubahan emosi anak. Kenal pasti perubahan mood mereka. Anda boleh bercakap tentang perubahan mereka dan membantunya untuk menguruskan perasaan. Jika anda dapat mengenali lebih awal akan perasaan mereka, anda boleh cuba untuk mengalih perhatian kanak-kanak daripada melayani emosi mereka yang tidak stabil
- Cuba berikan kanak-kanak kawalan untuk sesetengah perkara. Tawarkan sedikit pilihan seperti “Adik nak jus oren atau jus epal?” ataupun “Adik nak berus gigi sebelum mandi ke ataupun selepas mandi?” Dengan cara ini anda membantu anak anda untuk memilih, berbanding dengan jika anda bertanyakan “Adik nak berus gigi sekarang?”- yang jawapannya sudah tentu “taknak”
- Kenal pasti punca tantrum. Contohnya, si kecil mungkin akan mengalami tantrum semasa anda berada di pusat membeli-belah. Jadi, anda boleh rancang lebih awal untuk menghadapi kemungkinan situasi tersebut atau menukar persekitaran bagi mengelakkan tantrum. Sebagai contoh, mungkin anda boleh pergi ke pusat membeli-belah selepas waktu meridap anak anda ataupun selepas mereka menikmati snek
- Alih perhatian anak anda. Ambil peluang untuk mengubah sekejap perhatian anak anda dengan cara menawarkan mereka benda lain. Mulakan aktiviti baru untuk menggantikan barang yang mereka tidak dapat
- Bercakap tentang emosi dengan anak anda. Apabila anak anda berperang dengan emosi sendiri, galakkan mereka untuk bercerita tentang perasaan yang mereka alami dan puncanya. Contohnya, “Adik buang mainan tu sebab apa? Dah tak boleh guna? Apa lagi yang adik boleh buat?”
KALAU DAH ANAK TANTRUM, APA PERLU IBU AYAH BUAT?
Tantrum akan tetap berlaku walau bagaimana cara pun anda cuba untuk mengelakkannya. Kadangkala ia di luar kawalan, ia perlu diakui! Berikut merupakan cara untuk membantu anda mengendalikan anak tantrum:
#1 Ambil masa untuk bertenang jika anda perlukannya. Situasi akan menjadi lebih sukar jika anda berada dalam keadaan marah. Tarik nafas dalam-dalam dan kawal emosi anda. Jika anda perlu bersuara, pastikan anda mengawal suara anda dan jangan melenting.
#2 Akui akan perasaan anak anda. Contohnya, “Adik kecewa kan tengok aiskrim adik jatuh?” Dengan cara ini, anda dapat membantu mengelakkan anak anda berkelakuan luar kawalan dan memberikan si kecil peluang untuk membetulkan semula emosinya
Tunggu sehingga anak habis tantrum sebelum mula bercakap. Dekati anak anda supaya dia tahu anda berada dengannya. Akan tetapi, jangan cuba untuk bertanyakannya sebab ataupun mengganggunya.
#3 Bertanggungjawab apabila perlu. Jika tantrum berlaku disebabkan anak anda mahukan sesuatu barang, jangan berikannya apa yang dia inginkan. Jika anak anda tidak mahu membuat sesuatu, gunakan pertimbangan anda. Contohnya, jika anak anda tidak mahu keluar dari bilik mandi, lebih selamat jika anda menarik keluar palam berbanding mengangkatnya keluar.
#4 Sentiasa konsisten dan bertenang dalam pendekatan anda. Jika kadangkala anda menurut kemahuan anak semasa dia menunjukkan tantrum, dan adakalanya tidak mahu mengikut kehendaknya, maka masalah akan menjadi lebih teruk.
#5 Jika anak anda berada di luar kawalan, pegang anak anda erat-erat dan tenangkannya. Beritahunya bahawa anda sayangkannya dan tidak akan memberikan apa yang dia mahukan. Biar anak anda tahu bahawa tantrum bukanlah perlakuan yang baik. Jika ia masih tidak membantu, keluarkannya daripada situasi itu dengan cara meletakkannya pada fasa time-out untuk membiarkannya bertenang.
#6 Apabila anak anda berkelakuan baik, berikannya ganjaran berbentuk pujian.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Kongsikan Jus Epal Campur Timun Boleh Elak Gusi Anak Berdarah, Demam Dan Selesema
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Manakala timun pula mampu menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi air.
Selain sayur, buah juga amat penting untuk tubuh badan. Sayur-sayuran dan buah-buahan haruslah diambil secara seimbang supaya anak-anak sentiasa kekal sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian dari Doktor Izaza;
Dah makan sayur kena lah minum air buah yang fresh, barulah seimbang dan sihat. Dah ramai sekarang yang rajin buat fresh fruits jus sendiri, sebab lebih murah dan lebih bersih
Kat luar pun dah banyak kiosk yang jual fresh fruit drinks. Lagi best sebab pakai cold press juicer, semua khasiat buah masih kekal
Dr Iza dapat ilham buat fresh juice ni dari anak-anak sebab kat rumah budak-budak ni kalau makan buah semua kulit buah dorang buang, padahal kulit buah tu lah yang banyak khasiat
Contoh kulit buah yang elok untuk anak-anak makan, adalah buah epal hijau, buah pear, buah plum, timun, anggur dan buah cherry
Untuk kekalkan khasiat buah-buah tu, baik kita buat fresh jus supaya bagi badan akan rasa lebih fresh, sihat dan boleh rasa kenyang
Bahan-bahan untuk minuman ni sangat simple, murah dan senang nak dapat. Boleh beli kat mana-mana super market atau pasar
Bahan-bahan
2 biji epal hijau
1 biji timun Jepun
Separuh lemon (perahan jus lemon)
2 sudu besar madu
Kalau guna cold press juicer tak perlu tambah air, tapi kalau gunakan pengisar, kena tambah 2 cawan air suam. Lepas dikisar boleh tapis juice atau boleh terus diminum
Untuk anak-anak baik ditapis dan buang semua hampas, sebab budak-budak tak suka rasa hampas buah-buah, terutama kulit buah epal atau timun
InsyaAllah, jus ni bukan saje elok untuk kesihatan badan, tapi elok juga untuk gusi. Sebab ada Vitamin C untuk cegah gusi berdarah, lagi-lagi musim panas ni, boleh elak badan panas dan elak demam dan selsema
Sumber: Facebook Dr Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gembirakan Anak-Anak Dengan Buat Sendiri Ais Krim ‘Paddle Pop’ Secara ‘Homemade’. Jimat Dan Berbaloi
Alahai kalau cuaca panas, bukan anak je merengek nak makan ais krim tapi ibu ayah pun sama teringin nak juga. Dapat pula yang ais krim yang warna-warni, si kecil terus dengar cakap dan confirm tak buat nakal lagi (masa itulah).
Kalau yang ada anak ramai, beli ais krim kena seorang satu. Kadang-kadang ada seorang anak yang jenis makan laju cepat sahaja habis ais krim dia. Lepas itu minta pula yang orang lain punya, akhirnya jadi bergaduh adik-beradik. Konon nak bagi anak gembira makan ais krim, akhirnya ibu bertukar jadi ‘monster’ sebab geram dengan kelakuan anak-anak.
Apa kata ibu buat sendiri ais krim ala Paddle Pop. Cukup untuk makan sekeluarga dan siap boleh tambah lagi setiap orang.
Bahan-bahan:
- Aiskrim Paddle Pop Homemade
- 1 tin susu cair/susu segar
- 3 sudu susu pekat
- 2 sudu gula
- 1 sudu ovalette
- Pewarna
Cara membuatnya:
- Campur semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. Kalau guna mixer, lambat nak sebati, jadi guna pengisar lagi cepat.
- Asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
Aiskrim Paddle Pop Homemade
4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade
- Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah anda nak mula dengan warna kuning dulu ke, hijau ke yang penting, akhir sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
- Okey, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim ke dalam bahagian beku peti ais rumah anda.
Sumber: Facebook Resipi Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI